20110507

kumbang dapat madu, aku dapat peluang

hai kawan kawan sekalian alam semesta. dari petala satu sampai petala lima. apa khabar semua? aku sihat.cuma emosi sakit. 'sakit' sangat ni. hem..hem...

masih mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dan tenang.lebih suci dan murni, lebih sudu dari kuah.
eh, kau?


kehkehkeh..rileks la korang. joke! :)
tapikan, politik office memang gampang! memang cilaka. sumpah wey, kalau hati takda kental, memang berjurai air mata kau masa kau tengah type surat.
agaknyalah. sebab housemate aku macam tu. menangis selalu.
sakit hati.
panas hati.
makan hati.
hati hati pun ye jugak dengan 'geng jerung'. almaklumlah, kami 'geng bilis' (sila kepal penumbuk, dan raise your kelingking. straight! itu la simbol 'geng bilis')
heheheh..
orang orang kesayangan semakin menjauh pergi. ahli ahli geng bilis nak resign. tinggal aku je nanti menjelang ramadhan. tak boleh bayang, dowh.
mesti aku feeling puasa macam org dalam tahanan perang. geng jerung suka bermuka muka dengan aku. phewww~
cepatlah rezeki aku datang. rezeki mencari pengalaman politik yang lebih tenang, tanpa campur tangan bos besar.


daaa!~

20110429

April 2011

akan mengapdet hal durianjawa selepas berjaya membeli berukben nanti. dan juga selepas Encik Acer pulih dari koma yang panjang. doakan kesembuhan beliau ye? ah, gua sekarang dah selamat menjadi kuli di sebuah syarikat pembinaan X. kehkehkeh.terima kasih pada yang pernah doakan gua selamat mendapat kerja. tapi gua still nak cari kerja baru. gomen ke.....swasta ke...



*lagi skali, doakan gua eh? :P

20101006

masih pasal kerja

aku masih menganggur.
dan hari ni, telah jatuh demam.huhu~_~

kat mane aku bleh cari kerja eh?any portal?any blog?any website?
really tired bukak inbox hari hari.check email.rata rata bukan yang aku mahu.ape nak jadi la aku ni. org sekeliling da mula pressure aku.itu ini.

sabarlah hati.

aku akhiri entri ni dengan slogan.

"berilah aku pekerjaan demi sebuah pengalaman"

terima kasih

20100906

cashier

hai semua.salam ramadhan almubarak untuk semua.lama betul aku tak update ape ape story kat blog ni.bukan stakat sawang aje ni, silap silap klawar da buat sarang dah ni.OMG! gua kah Durianjawa?xpe xpe.nti upah PEST tolong bersihkan.kekekeke.

sepanjang pengabdian aku dalam bulan pengangguran ni, aku telah dihired oleh sorg bos muda agak macho laa jgak (bapak tak senonoh ko!) untuk menjadi cashier kt restoran ikan bakar beliau di Umbai, melaka. well, macam biasa, aku kerja tekun dan sabar.kadang kadang lari jugak iman aku ni bila setan datang menghasut jiwa.almaklumlah, kerja bawah orang ni dia punya pressure pelik sikit.nak nak bos ko tu senteng sket.boleh lebur otak ko kat kaunter tu.

ada kala kiraan untung sales malam tu cecah 10k,
ada kala cecah 1k je.
ada kala ada exest.gelabah aku!
ada kala ada short. ni lagi bapak gelabah aku.celah mana ilang duit plak.

tapi, bos aku rilek je.dia x marah pasal duit ilang tu.maybe he trusted me?aku kalo nak hambek duit dia, better aku kaut rm50 sehelai hari hari.ni tak.tp sejak partner aku benti, takde lagi short.pelik kan?wallahualam.

aku masih tunggu offer kerja dari mana mana syarikat yg related to civil eng ni. aku ada plan aku sendiri untuk memajukan diri aku.mungkin pada mata org nampak macam tak best, tp aku amalkan konsep, ade aku kisah?hehehe.Allah knows better than u.if He said 'kunfayakun' then jadilah ia.


sempena raya ni, umah aku takde wat rumah terbuka.rumah memang terbuka ntuk korang datang.tp xde la makan makan yg besar2.makan aje kuih raya aku sama air sirap kosong aku godak secara pukal.haha. ni ada sekerat dua ayat untuk kawan2 aku;

kepada is,abiey,odah,akma,nick,aini,ain cam and all of you legendrian and also stprian, keluarga mak abah ibu ayah, pakwe pakwi gelap dan terang, cikgu cekgi, lecturers, sedara mara dan jiran tetangga, mintak maaf ujung rmbut ujung kaki, halalkan semua yg aku pernah amek dari hasil korang.aku maafkan kalian dan halalkan mkn minum pakai korang selama mana aku pernah kasi la.


akhir kata,
jemput datang rumah.berzanji skit sebelum mkn kuih raya. XD

20100804

hapdet dari aku

hai korang. salam. sari berita tak penting.


malas nak tulis banyak banyak as aku rasa mood nk blogging da jadi sikit je ni. so:

  • aku da menganggur secara hormat selama hampir sebulan lebih.
  • sepanjang pengangguran aku, agak byk benda aku buat. jahit baju org, ajar tusyen dan macam macam. kire bgus la jgk kan dari melepak besarkan badan.
  • oh ye, badan aku makin gemok. sf*&%mdsk btol!
  • aku pegi 2 interview.sedang tunggu respon.
  • mungkin x dpt pegi pon kerja kerja tu sbb msalah2 common bagi a beginner mcm aku. rumah dan kenderaan.
  • itu aje.daaaa

durianjawa sayang sama anda yang selalu bukak blog durianjawa :) maceh. nti da keje i blanje u mkn 'angin' hahahaha....


sape ade tau rumah sewa area desa aman puri, kepong sila roger aku kt email. nhaziz89@gmail.com...kalo bleh x nk sewa bilik.mau sewa rumah.

20100625

hari pertama

ade rasa macam annoying tak ngan tajuk atas?
ada?




blah sana.syuhhhhhh



ini belog gua kan.itsuptome la nak tulis ape.kehkehkeh.
just nak inform korang, yang lepas ni mungkin takdak dah entri pasal budak budak kolej aku..budak rumah budak kos atau budak 'itam' yg ade dlm legenda tu.sebab aku da secara officiallynye dah tamat HND.ni ngah cari keje ni.sesapa ade nak tawarkan kerja, please email me at nhaziz89@gmail.com
antau tawaran kerja je.sape anto tawaran MLM, aku sebar virus kt email ko.janji! aku nk keje as soon as possible, tapi lepas aku dpt result final aritu la ye.br sedap nak keje. as for now, aku cr keje biasa yg ada kt area rumah aku. kalau bleh, nk merantau.tp xde la sampai ke negeri sabah sarawak..perlis bagai..n9,mlake,jb, selangor n kl pon da oke jgk.perak pon not bad.new environment untuk aku nti.wanna start a new life as a worker.doakan aku dapat keje ye kawan kawan.nak puasa da xlama lagi,then nk raya dah.then aku nk kawen da.kehkeh.tipu je.....gurau sikit pon nk cebik..aaa..cebik la ko, aku tarik sampai putus bibir tu.kang jadi justin bieber kang.aku tak tanggung :P


p/s: aku budak kos kej.awam.jgn memandai bg iklan doktor ataw nurse.ade kang aku sarungkan precast concrete kt tangan kang.

20100621

pengorbanan yang aku cuba lakukan.

keliru dengan satu perkara:



perlu kawen awal atau kawen lambat lambat?



sebab sebab saya nak kawen lambat:
  • saya nak jaga ibu dan ayah dan adik
  • saya nak jaga emak dan abah
  • saya nak bantu keluarga saya semampu saya
  • saya nak luangkan masa saya dengan mereka semua sebelum Dia amek nyawa kami semua nti.
  • saya takut perkahwinan awal saya tu tak bertahan :)
  • saya juga takut untuk berada dalam situasi 'ikot keputusan suami.jgn derhaka'..sebab saya jenis mudah memberontak kalau tak dapat ape yang saya mahukan.
  • saya tak boleh berpisah dari keluarga saya. saya masih mahu tido dengan ibu..da ade laki, kene tido dengan laki,kan?


fikir2 kan dan selamat beramal :)

20100620

terima kasih

malas pulak nak bagi salam kat readers ni.pandai pandai la ye korang jawab salam sendiri.hehe.tujuan aku tulis entri time mamai mamai ni sebab aku teringat pada ayah dan ibu kat rumah.well, aku rasa aku tak bagitau lagi pasal rumah aku buat kenduri aritu.ehem ehem...ni yang nak cerita ni..


mula mula, pada kawan kawan yang tebaca ni, jangan sedih jangan marah aku. sebenarnya, majlis semalam adalah majlis merisik dari encik heart la.benda ni tak rancang sangat pon.khemah depan uma pun 1 je.semua sanak saudara terdekat hadir.bertungkus lumus depa buat keje.tak hirau langsung ketiak yang dah tak boleh nak dibawa berunding lagi harumannya.salute sikit dua tiga kali...hehe..aku actually ada presentation hari sabtu aritu.tapi, atas dasar dasar rundingan damai, tunda sampai selasa ni nanti.lgpon, we all tak prepare lg.report tak siap..slide lagi la..harapan laaaaa...


jadinya, aku balik gpoh gapah gitu.bawak dua orang kawan aku, east dan abie.at least ade jugak kawan masa hari merisik tu nti.hehehe.merisiknye belah petang.aku bukan nak kepoh kepoh ape..malas la nak layan soalan kawan kawan nti.lagipun kecil kecilan aje. :) doakan lah nanti majlis seterusnya menyusul lepas raya nanti ye.
hihi



oke,
ni baru cerita betul untuk entri bertajuk, terima kasih.
yang atas ni kencing lebat je.takde majlis merisik..ni majlis mendoakan arwah nenek aku yang dah hampir bape tahun tah tinggalkan aku. takdak gambar nak publish as aku rasa annoying betul kalau aku amek pic time org sibuk sana sini buat kerja.aku sebagai anak dara tuan rumah, harus lah aku tolong tolong.mula mula aku rilek rilek dlu..berborak dengan sedara mara yang rata rata tanya aku soalan:

'bila habis blajar eh?'
'nak kerja kat mana nanti?'
'bila nak kawen?hehehe'

fuhhhh...jenuh jugak bbir aku nak ulas hal ni.ase macam da byk kali bgtau yg aku akan habis this week.this selasa adalah finale.heehee.jadi aku mulakan dengan soal ibu dan mak aku, what should i do, mother?ibu aku mula cakap tolong itu ..ini...ah..sana..situ situ..macam macam.tapi aku suka.tengok ibu aku suka.org org belah masak masak sume cakap aku ni rajin.haha.harus la..rumah aku..tp memang aku dah ready untuk tolong sebanyak yang boleh semasa semangat rajin menjulang tinggi. as aku pernah cakap sebelum ni, aku akan buat ape je yang ibu dan ayah aku suka, sebab aku sangat sangat yakin dengan keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah.bila mana kita buat baik pada ibu bapa, besarlah pahala untuk kita.aku nak kumpul reward free macam ni.bukan susah..jaga adab dengan parents, hormat mereka dan keputusan mereka, dan paling paling ramai org lepas pandang ialah..jaga intonasi suara anda dengan mereka.jangan tekak nak telolong cakap ngan mereka..aku selalu amalkan nada rendah dan lembut je kat ibu dan ayah aku.even orang tengok aku ngn adik aku berborak penuh dengan carutan disetiap ayat, tapi dengan parents, no high pitching ok.sebab itu ibu aku sayangkan aku.


ah, masa tengah type entri ni pun da rasa sebak.rindu dengan ibu ayah adik kat rumah.ibu paling tak sabar aku nak habis.dia cakap takda kawan dia nk luahkan masalah dia..takda orang nak bantu dia kerja rumah.adik aku ade, tp dia kan sekolah.balik sekolah je dah........zzzZZzzz.. -_-.jdi, ibu ayah malas nak kacau dia.hurmmm..ingat lagi aku..hari tu ibu sedih, aku sedih pasal br lepas jumpa doctor.ape tah doctor tu ckp, aku lupa..da lama da bende ni..jadi, aku tengok ibu macam nak nangis..ibu cakap ibu sedih dengan keadaan ibu..da la sakit..banyak kerja tak boleh buat..ibu aku nak kemas rumah sebab nak dekat raya kot time tu..aku plak tunggu ayah aku cuti br best nak kemas kemas ni.tapi tah macam mane tah, tetiba aku rasa nak gembirakan ibu aku..aku buat macam macam kerja..time tu ibu aku da tido dalam time dia nanges tu. :(


aku mula mula sapu sampah segenap ruang..pastu sapu abuk2 kat kipas siling..sawang sawang sume bersihkan..pastu sapu habis..then, bancuh air sabun lantai..mop satu rumah..sampai ruang luar sana.mop bersungguh2 untuk kasi lantai berkilat dan wangi..aku lap sliding door plak.kasi takda cap jari..masa tu aku da x hirau penat dan lapar..aku lap perabot2 kat ruang tamu..susun2 buku majalah semua..tukar set alas kusyen.then aku prepare set langsir baru ibu kat sudut tepi rumah.nti malam nak pasang.aku pun sebelum tu da kuakan bahan bahan nak buat kuih raya...nak kasi ibu lupa pasal kesedihan dia dengan ajak buat kuih.ibu takkan buat biskut raya tanpa aku disisi.sambil tu, aku da siap la kemas depan rumah semua..then rehat2 sikit, aku masak bubur untuk ibu, sebab lauk sahur habis dah.ibu tak puasa pun.

buat bubur ayam masa tu..bersungguh aku buat.pastu aku try buat kek gula hangus macam ibu pernah ajar dulu.hehehe..tengah aku kukus kek tu, ibu aku menjerit dari belakang..

"wahhhhh...along buat ape ni,nak?kek gula hangus ke tu?sedapnyeeeee"
"aah bu.along buat kek ni ha...saja je.ibu lapar tak?"
"agak la..lapar jugak eh lepas nanges ni. :("
"ala..jangan la ibu nanges lagi, meh along siapkan makanan ibu.ibu tunggu kat meja makan sana eh"
"eh, lauk mane datang plak?kan ke da habis?ibu baru cadang nak makan megi ke..ape ape je la..nestum ke"
"xpe xpe...along da masak bubur ayam da..hehe..spesel untuk ibu"
"yeke nak?terima kasih.....mesti sedap bubur along.."
"sama sama ibu."

lepas tu masa dia pegi tengok ruang tamu da wangi dan bersih semua, dia tanya la..sape buat ni semua..aku ckp aku buat tadi.masa ibu tido.dia dah sebak dah...seb bek aku sempat buat lawak sket kasi dia ketawa.gugur jugak air mata dia time ketawa tu :) ibu berkali kali cakap terima kasih semua la kat aku.aku jawab

"ibu kan ibu along.bila ibu sedih, along kene la hiburkan ibu..jadi, along buat semua ni sebab nak ibu gembira arini.jangan sedih sedih.along sanggup buat ape je demi ibu.aslkan ibu gembira dan senyum je selalu"
nada suara dh bergetar dah hujung hujung.kontrol macho sikit..ibu makan bubur banyak.sbb lapar.pastu kitorang lepak depan tv sambil borak borak.kek tu ibu cakap simpan untuk buka.tunggu adik aku bangun untuk buat biskut raya.masa tu aku rasa jiwa aku bahagia.agaknye malaikat kiri kanan tengah catat amalan aku hari tu kot.. :P bahu aku rasa berat je sebelah ni :P hahahahaaha..

oke oke, aku tau aku dah bazirkan masa korang baca benda ni.tapi harap harap korang juga akan amek pengajaran dari cerita aku ni.mana baik, amek la..mana salah dan buruk..tendang sdut jauh jauh. :)

p/s: nak cakap thanks pada:
  1. warga taman seri paya dalam
  2. east dan abie
  3. sedara mara sepupu sepapat
  4. orang kampung paya dalam
  5. dan si pencuri duit ibu aku.dem ko!pundek!

20100615

hari ini hari apa?

jawapannya adalah








hari lahir gua.
15 Jun 2010.






tapi gua lahir 21 tahun lepas, der. lu congak la bape umur gua.malas nak kasi tahu.kasi otak lu orang berfikir sikit.hahhaa.


notakaki: sesapa nak pos hadiah ke ape ke, bleh komen gua then kasi email, nti gua send alamat.adiah ape ape pon x kisah, asalkan jangan yang berunsurkan santau..bungkusan kuning macam sup bunjut..ataupun pakaian dalam. lagi satu, slipar crocs pun aku tak mau.lain lain bleh kawtim.hihi

20100613

kau kata hai hai hai ku kata bai bai bai

entri ni aku tulis genap seminggu lagi aku akan menghabiskan sesi pembelajaran aku di bumi legenda ini. tak ada apa apa yang istimewa pun yang aku nak kongsikan.sekadar catitan memori saja. rasa macam nak imbas balik waktu mula mula masuk legenda ni. aku ikot member aku, pina sebab dengar dia nak masuk kolej awal dari orang lain.almaklumla, time tu aku rasa teruja tengok pina pegi masuk kolej ni.aku pulak dengan hati kecewa dan luka akibat result yang suam suam kentut je, apply la sama. masa tu EF aku adelah sedara pina jugak. encik shahadan dengan kak iza. mesti korang wonder, ape pasal result yg teruk ini telah memilih bidang civil engineering? wonder takkk?


aku pon.hihi


aku pilih bidang ni secara random aje.hihi.aku teringat member aku kakak dia skarang keje engineer.dia cerita kat pintu opis akak dia ade tampal 'Jurutera'.Perghh..harus la aku rasa teruja,kan. jadi aku pon reject option bisnes, sebab aku rasa aku takde bakat pon hal hal bisnes..ayah aku pon takde bisnes sendiri.jadi, rasa macam takde masa depan untuk aku..so, option elektrik dan elektronik awal awal aku tendang tepi sudut meja masa tu sebab aku rasa aku annoy ngan elektrik yang telah create sejarah buruk kat aku satu masa dulu.sejarah ape?sejarah tangan-hangus-terbakar! even ciput je terbakar, still ingat sampai mati woo..sakit dia..pergh..kire aku da merasa la macam mane azabnye terbakar sebab karen.hehehe.

option lain macam quantity surveyor pon aku tolak tepi jugak.kali ni tak sampai tendang sudut.sekadar kasi kad kuning je la.hihi.aku rasa berisiko jugak jadi org surveyor ni.dia main dengan bahan bahan pembinaan.salah kautim, melayang maruah aku.haha.jadi, aku amek la civil ni.masa tu tengok ibu ayah aku macam tak berapa nak terima la pilihan aku pasal dorang tak yakin dengan kebolehan aku.tapi aku nak jugak, pasal aku yang nak belajar.dorang bayar aja.hihi.dipendekkan cerita, register sudah aku di kolej tu..pastu masuk la musim orientasi...first time duduk bersebelahan dengan pakwe nigel.perghhh..agak culture shock sikit pasal natural odor dia yang taknak kalah.rasa nak kasi bedak ketiak aje kat dorang tu. masa sesi orientasi tu la aku jumpa dengan encik buah hati.gatal tak aku?nak buat macam mane, suda jatuh hati dengan hidung mancung dia laaaa...hihi..

dipendekkan lagi cerita, aku pon belajar la macam orang lain jugak lepas habis orientasi tu.masa tu baru aku kenal Hasby, East, Saadah, Ain, Yong, Nik, Ain cameron, Irfan dan Ieqa,Akmar, Aini, Samem dan semua lah.kami masa foundation campur semua yang Architecture ngan Civil. kami belajar sama sama sampai masuk HND, masing masing ikot kos masing masing balik.kalau ada yang ingat, aku pernah cakap pasal nak berhenti belajar sebab aku nak jaga ibu aku.aku masa tu tekad sangat.nasib baik ada kawan kawan terbaik aku yang selalu support aku. ah, tak lupa pada kakak housemate terbaik aku, kak fiza dan member bilik sebelah, wiwie atas dorongan dan nasihat diorang. alhamdulillah, sekarang aku masih di legenda.dah nak merdeka da pon :D

so, dikesempatan ini, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada semua mereka yang kenal aku, yang pernah cakap yang aku ni kawan diorang..yang pernah sama sama menangis dengan aku..ketawa dengan aku..yang pernah tepuk bahu aku sambil tenangkan aku..yang pernah hold jemari aku sambil bagi nasihat sedas dua..tak lupa jgak yang pernah ajak aku melepak sesama..ajarkan aku erti kehidupan yang realiti..semua lah sekali..aku tak dapat balas jasa korang dunia ni atau akhirat.tp aku yakin Allah dah tolong balaskan kebaikan korang pada aku. aku doakan agar persahabatan kita ini takkan berakhir di gerbang legenda.bawalah semua kenangan dan kepahitan itu dalam hati korang sampai bila bila..kirimlah khabar berita selalu semoga kita saling update diri masing masing.aku doakan perjalanan hidup kalian semua dipermudahkan kelak dan diberikan kebahagiaan dan dipertemukan dengan apa yang korang mahukan. pesan aku, janganlah sesekali menghilangkan diri nanti..ada ape ape masalah, aku rasa aku sudi mendengar.ceritalah..kalau tak dapat membantu, mungkin boleh diusahakan bersama..

buat kekanda, jangan sedih sedih.saya tau awk taf dalam hal macam ni.rilek ok.ampang dengan umbai macam times square pegi klcc je kan.so, bertenang ye.nti da ade kereta, bawak bawak la singgah melaka.pekena ikan bakar.saya belanja. :P ucapan lain, tunggu malam terakhir sy disini nti.sy luahkan ye.haha.yg lain jangan cebik cebik, aku ikat muncung nti.

buat odah, jg diri kau.jgn sakit sakit.mesti makan on time.jangan makan ape yang perut kau tak suka.jangan stress sangat, rawatlah stress dengan bijak.aku susah ati bila kau stress. aku doakan kau berjaya dalam degree nanti.nak kawen jgn lupa poskan kad kat aku.harus aku datang..tu pon kalo mau adiah le. :) syg kau.muahh sket :P

buat wie, jg diri jugak.jangan susahkan hati pasal org kata kau ape pun.hidup kita tak luak pun kalau tak dengar cakap orang.enjoy hidup kau puas puas.jangan selalu nanges, kental sikit jiwa tu.hihi.jaga family elok elok.jangan fikir sangat pasal bf. cari yang boleh buat jadi laki terus. senang keje. :P sayang sikit.mmuuah :)

buat bie, aku tau kau tau yang aku heart sama kau.sampai mati.kawan selamanya..tengs selalu bantu aku dalam pelajaran. u know kan bape luas nye kapasiti otak aku? haihh..ade ape ape masalah or nak kan pendengar, text me and call me at anytime,babe. aku takkan pernah biarkan kawan aku ni bersedih atau whatever bad feeling lah.dah duduk blakang istana balik nanti, jangan lupakan aku.email aku selalu.update la Bibir Ikan tu selalu.ah, webcam pon cun jgak.kekeke..muuahh :P

buat east, kite selalu berbalah.tapi secara damai.mencari persepakatan.apepun kau banyak bantu aku dalam diam.aku sgt terhutang budi dan ilmu dengan kau.sila bantu aku terus lepas ni.aku nak jadi macam korang.brilliant! cerita lah pada aku selalu ape pun perkembangan diri kau. kalau dah jatuh ati kat mane mane brader, halo halo aku nti.aku doakan kelantan dan perak menjadi la.hihi. aku nak jadi orang yg selalu ada disamping korang even jasad kita jauh.i heart u, babe..mmuuahh :P

lastly, air mata gua dah bergenang di tubir mata.empangan air mata ni akan tumpah bila bila.sehingga itu, babai dan assalamualaikum bagi yang islam.yang bukan, selamat sejahtera lah anda.buat bakal presenter ISP, semoga lutut tegap nak berdiri, semoga suara tak tersekat, lontaran vokal padu punya nti.nasihat aku, banyak banyakkan buat latihan do-re-mi ngn swimming.hihi


p/s: bie ngn is, kalo ado calon gewe, jange lupo wi tau kawe la deh..hihi.kawe pong kalu ade calon, kawe wi tau la.keke..jange maroh adik yo abe naim :P

20100609

sesi update entri poyo

salam sejahtera semua.sihat?aku je tak sihat.dengan tangan yang menggigil kesan ubat malam tadi, aku gagahkan diri jugak menaip.hurmm..musim agaknye skarang ni.semua org ada sakitnye.aku demam + selesema ngn sakit tekak.memang combo la kan?nasib tak batuk.kalau tak, maunye kung kung kung aku melayan batuk.hehehe..


takde ape yang best pon nak diperkatakan.cuma pasal kerisauan aku dengan final presentation dan report yang tak siap siap lagi ni je.lege besar aku kalau dua dua ni setel.pastu bleh dah cari kerja....hihi


kerja kerja, come to me......!

20100601

akukah yg berada dikalangan mereka yang hina?

seruan berubah bergema ditelinga.biarlah apa yang orang nak kata.kehidupan yang sesat bukan aku pinta. aku sentiasa menantikan peluang untuk aku kembali mencari jalan asal tujuan kehidupan aku, kehidupan yang telah aku janjikan kepada-Nya sewaktu di Loh Mahfuz.aku berjanji menjadi khalifah yang mumtaz dibumi ini.setelah aku dilahirkan, dibesarkan, mengapa aku mengkhianati janji itu?besarlah dosa yang telah aku lakukan kepada tuhanku.aku menyesal se-sesal sesalnya. andainya dapat ku putar masa.........cuma satu aku minta, doakanlah aku sejahtera senantiasa dan istiqamah dalam perubahan. aku pasti, dunia kita benar benar sudah tenat! berubah sebelum terlewat.



Ya Allah, ampunkanlah dosa dosa ku...Ya Allah, redhakanlah kehidupanku...moga terhapus penghijab kalbu antara Kau dan aku..
tuhan, kau hijrahkanlah kehidupanku..dan Kau campakkanlah kasih sayangmu padaku.
aku takmahu mengingkari seruanMu, tetapi tidak pula aku berjalan lurus di jalanMu.
andainya si iblis bersorak sorai diatas kealpaan ku selama 21 tahun kehidupan ku ini, aku bermohon dibawah lembayung namamu yang maha pengampun lagi maha mengasihani.
kegelapan jiwa dan hatiku takmampu aku bendung lagi.hati ini penuh titik hitam sehingga sinar ajaranmu tidak berjaya menembusi kehitaman hatiku ini dek noda dan dosa yang aku lakukan dahulu dan hari ini,
aku merindui cahaya yang bakal menyuluh laluan hidupku untuk hari esok serta seterusnya.
Kau jadikanlah diriku diantara mereka yang terpilih untuk terus mengamalkan ajaran junjungan besar baginda, kekasihMu.
kekalkan aku yang lemah iman ini didalah pemeliharaanMu...hukumlah aku setimpalnya andai aku mengulangi kesilapan lalu.
sebelum Kau mengarahkan izrafil meniupkan sangkakalanya..sebelum Kau perintahkan al-Dajjal menyebarkan dakyah kesesatannya, kau matikan aku dalam keadaan aku beriman dan matikan aku
dalam keadaan yang diredhai, sempurna jasad dan jiwanya
tuhanku,
aku tak sanggup menanggung godaan dari makhluk celaka bernama al-Dajjal kerana imanku masih lemah.berikan aku peluang untuk memperbaiki kealpaan 21 tahun yang lalu..Ya Allah, Kau tahu apa yang bermain dibenakku..dihatiku..aku perlukan Mu, cintaMu, rahmatMu..bantulah aku Ya Allah..bantulah..
ilhamkanlah pengajaran dan kebinasaan yang Kau janjikan pada umat nabiku yang ingkar itu
seperti Kau jelmakan dalam mimpi malam ku
agar aku senantiasa ingat dan takut pada kekuasaanMU.


-nukilan ikhlas bersaksikan linangan air mata keinsafan-
cahaya petunjuk1506

20100529

shhhh....

shhhh....diam untuk seketika.tolonglah.
*
*
*
*
*
kepada yang muslim dan muslimah, sila hadiahkan Al-fatihah untuk anak buah wiwie yang baru tadi meninggal dalam kandungan.kandungan sudah berusia 5 bulan.marilah sama sama membacakan doa semoga perjalanan rohnya aman disana. kepada yang nak sampaikan ucapan, bolehlah ke facebook kakak wie, Raihanah Ramlee.sama sama kita beri kekuatan untuknya dan suami.juga seluruh ahli keluarga beliau.Al-fatihah.....




p/s: rafif pon kene kuat ye,dik.jgn nakal nakal, mama xsihat tu. :)

20100528

We Got Married-> kegilaanku

i missed those loudly laugh from 'buin'
i missed those silly statements from 'shillang'
i missed when they slowly get interest to each other.
i missed when they asked to burst out their feeling inside.
i missed when they said 'sarangaheyo' to each other.
i missed when buin sew clothes and curtain for their house.
i missed when shillang cut those pictures of food and pasted it on their dining table.
i missed when they fight-for-5 minutes
i missed when shillang get jealous to his buin.
i missed when they do the missions together.
i missed when they did their 'aegyo' to each other.
i missed when buin cooked for shillang and patiently wait for him safely back from work.
i missed when shillang plays buin a song titled 'bogoshipda' with piano
and i missed them for everytime even im watching one of them only.



shillang: "hwang buin, saranghae...." *lawak time ni*


buin : "eeum..eeum..euum......" *lawak jugak*


and i think i should watch these show again and again cause it hard to believe that they only a make-believe couple. they didnt get together in real life. Hwang Bo and Hyunjoong. they are knew as SSANGCU COUPLE. its really enjoy watching these series of We Got Married - Hwang bo ang Hyunjoong couple.trust me, they showed u that ages are just a number. nothings can stop them from being a sweet 'husband and wife'. :)

duniaku yang penuh dengan pancaroba.

nauzubillah.istighfar banyak banyak.ingatlah, dunia makin senak.dunia makin serabai dan menjijikkan.




ape perasaan anda lepas baca berita ini?



saya rasa sangat emosi.kenapa perlu ada perkhidmatan macam ni?saya mendoakan agar saudara2 islam disana akan kukuh imannya bila berdepan dengan keperitan hidup sebagai seorang muslim.janganlah hendaknya ada yang terpengaruh dengan propaganda anti-Islam ini.amin ya Rabbal alamin.


notakaki; kalaulah perkhidmatan ni ada kat malaysia, apelah jadi nasib org islam kat sini?terpengaruh kah mereka?

keluh kesah si esah PART 1

haihhh.


oke, kite bermula dengan keluhan.phewwww~. aku rasa semacam je minggu ni.tapi syukur, semangat aku nak buat kerja tu ada je 24hours.cuma antara tangan dan minda aku je nak buat ke tak.besok ada assignment nak dihantar.hari ni aku nak pulun semua.tamak?yes, itu aku.lepas tu da tak dapat nak siapkan, sendiri menangis teresak esak sambil peluk bantal.hahaha.*gua la tu ;p* kadang kadang aku rasa senak kat dada, bukan sebab apa, sebab memikirkan presentation yang tarikhnya tak tetap pon lagi. isp aku baru sampai chapter 3. -_-''


assignment GE, ape la kisahnye dia dalam beg aku tu. kira kira tak setel lagi.teori, sikit je lagi la.ade jugak feel nak kasi dia pass saje.malas la nak perah perah otak untuk dptkan M ngn D.hurmm..aku memang kurang faham subjek ni. macam mane nak pegi lane geotech macam ni?takde maknenye la tu...hah, ni ASAD ni macam mane plak cerita?naseb baik madam kasi example untuk dirujuk.just ubah ubah no dia je based on questions. boleh dah buat nti time cuti.huhu.ah, dilema melanda.wanna go home or not.grrrr..

WWE?wow...sikit je lagi.goreng task 5, then sodaqallahulazim lah dia.cuma nak make sure kt madam, yang mane kene add on lebih untuk cover assignment lepas. pastu dah leh yippieeeee dah.isp 100% aku nak tumpukan.kasi siap sebelum presentation dan boleh prepare presentation elok elok.nervous ni nak kene present.risau kene soalan saikologi dengan diorang, si panel panel profesional.kene make sure segala benda aku buat akan mengurangkan jumlah soalan dorang nanti.bia la diorang tanya soalan bodo bodo je.hehehe.mampukah? i dont have the answer right now.


wanna have my breakfast together with lunch.uhm?i just have a mug of nestum, dear. after that, i'll start my engine and speed up to complete my works.


layout baru pon kene bising bising update ke?cehhhh~

selamat pagi pagi buta untuk readers yang baca update blog durianjawa ni dalam keadaan panas panas lagi dari masa diupdate.sesungguhnya owner durianjawa sedang berjaga malam tanpa buat sebarang kerja.phuuuu~


just update sebab nak bagitau yang durianjawa dah bertukar wajah.berkonsepkan grey dan oren.kini, owner durianjawa rasa lebih konfiden dan lebih matang bila melihat blog beliau.syabas syabas. yea, reader semua...jmpa lagi nanti.daaa~

20100516

persoalan campur penyesalan bersamaan lantak!

saya dapat offer dip bisnes (saya tak suka bisnes.sbb ayah sy xde Sdn.Bhd)
saya jg dpt offer dip IT (saya buta IT masa tu. dan ayah tak kasi sbb da banyak penganggur)
saya dapat offer kolej swasta dari berbagai jenama. (which banyak pki duit.)
saya dapat tawaran nurse. (nurse under gomen.saya tak pegi pon interview dan buat med check up.)


saya tak mohon matrix.(sbb sy tak pandai nak belajar secara hardcore dan hard die)
saya tak dapat UPU. (sebab saya tak layak dan x pandai nau.dan saya hanya lulus 4a saja.kimia jahanam)
saya tak mohon maktab.(sebab saya fikir sy bukan calon guru yg baik.saya garang dan suka mencarut)

tapi saya masuk legenda.
saya PILIH kos untuk jadi seorang jurutera, tanpa sikit pon fkir dalam dalam dan mengkaji siapakah yang layak jadi engineer.


kini,
saya dah sem akhir.sebulan lagi akan say bye bye pada kolej dan pihak school of engineering.
say bye bye pada para lects yg selalu bantu aku.aja aku.tolong aku suppliment yang fail.
soalan aku skang..aku boleh jadi engineer yg berguna ke nanti?kalo x jadi engineer pon, assistan engineer yang boleh diharapkan?


ibu aku ckp dia nk aku jadi cikgu atau NURSE.
ayah aku suh masuk UNIVERSITI.
nenek aku suruh jadi NURSE.
dan mak sedara pak sedara sume voted NURSE.


aku ingkar dan masuk legenda.
ia bukan universiti.hanya kolej.
xjadi nurse pon.

sebab ni ke aku x menyerlah dalam pelajaran?sebab kurang keberkatan dari orang tua?aku sekarang semakin goyah.pegangan hidup aku hanya aku jalani kehidupan macam biasa.drop pendapat sikit. kasi hati aku tenang.

award sempena piala thomas dan uber


ehem ehem..cubaan suara cubaan suara..aaa..aaa...aaaaa.aaaaaaaa.....aaaaaaaaaa!!!!!!!!






pang!!*




memekak sangat.ingat sedap nau ke suara ko nak aa aa tu?sekali lagi kau buat, siap ko.dapat ko aku kerjakan.orang nak amek feel masuk jamban pon tersangkut.huh!


oke oke.sidang hadirin pembaca blog sampah saya ini, saya telah diamanahkan oleh tunang orang ini untuk terima anugrah.oh, cerita pasal anugrah, ade la pernah saya merangkul *saya eh?bapak ah!* beberapa keping plat atau piala-bukan-pusingan masa dolu dolu.antaranya:

  1. gigi terbersih ->tadika dungun
  2. kasut dan baju terbersih ->sekolah agama paya dalam *2kali beb* heeee XD
  3. kedudukan terbaik dalam kelas -> masa skolah rendah dan menengah.tak banyak pon.
  4. pelajar bahasa melayu pemahaman dan penulisan terbaik -> dari darjah 5 bawak ke sekolah menengah.alhamdulillah.
  5. ajk tergarang -> budak2 junior kasi.piala dia adalah bunga raya tanam blakang makmal sains.xkewl langsung.
jadi, sempena award kali ni, saya sangat sangat berbesar hati menerimanya. ada ucapan?kene ke?alamak...cane neh, skrip tak prepare.sy xjangka pulak boleh menang maghrib ni.ehem ehem..bismillah..

"segala puji pujian daku berikan kepada Kekasihku yang abadi dijiwa.kerana-Nya aku meraih apa yang aku raih pada malam penuh barokah ini.sembah salam kasih dan sayang buat keluarga dan sanak saudara. juga tiada ku lupa kepada insan yang telah banyak mengajar aku apa ertinya kehidupan berdua.kasih setulus mumtaz aku hulurkan buatmu raja dihati...sekian."

ouh?soalan?alahaii..sy tak biasa la kene interview ni.sape?Micheal?halahaiii..ape la dia nak 'terjah' ni?naseb baik bukan 'abg ketak ketak'. sy cuba la ye jawab.sy cuba....eh, tak boleh la..sy tak boleh jawab.

panggg!!* blom tnye lagi la sengal.*

ouh, ea?haha.nebes..nebes..ok ok, i redi.

Ape yang bermain di fikiran korang sekarang
ehemm..besau nau le font ni.dan sy nak 'shishi'.hihihi..nebes..nebes..

2. Apakah nama samaran u allz
ramainye.u allz? i all je sini.hikhik..klaka la u ni micheal.atas stage org panggil i Cark Chot. bunyi mcm kak cot kan?ehehe. kt uma family panggil 'AH LONG' baik punyee..kawan kawan panggil chort.dalam ni panggil i DURIANJAWA.kelas kan?


3.Berikan 3 orang yang u allz sayang.
3 je?alahai..peminat2 i macam mane?ramai tau..1st, ibuayahabahemak...2nd, adikbadilakipompuan..3rd,encik cinta dan kawankawan.hehe..

4. Panggilan untuk si dia.
kambeng?ouh tidakk..u ni, suka tau micheal..i panggil dia 'hencek awak'.opsss...ekceli, rahsia la..ni hal dalam kain.opss..hal peribadi.hehe.sori ye.

5. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa.
ermm..proton exora sebijik.apartment ade kolam renang tingkat 30. dan sebijik blekberi.

6. Blog mana yang korang suke visit.
random sume ni.rahsia rahsia.i takleh bgtau.nanti ade org touching.maaf ye.tp, i suka blog hencik awak.
7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger korang

hah, ape lagu tunggu senah, bedah, salim, ali, robert, dan muthu?eh, xpasan pulak geetha ade..buat la bnde ni.award ni.award.aa..duit menang mintak kat tunang orang tu.

20100511

love light

aku tak pernah buh lirik lagu dalam entri blog aku.tapi, julung julung kalinya aku akan letak lirik lagu kegemaran aku sejak beberapa jam lepas, love light yang dinyanyikan oleh brader brader kacak bergaya, CNBLUE.silakan mengikuti lirik dan traslationnya sekali.ouh, lagu background blog aku juga lagu ini.

roman

geuh del bo myun ul gool ee bbal geh jigo
geuh del bo myun ga seum ee doogeun doogeun
ah ee chuh lum soo joob geh mal hago
geuh del bo myun gwen siri oo seum ee na
babo chuh rum ja ggoo man geuh leh
ama neh geh sarang ee on gut gatah

geuh deh neun neh ma eum sok eh president
neh ga seum eh byul soo noh ji
i’m genie for you girl
neh soom eul mut geh haji
geuh deh ga won ha neun gun da
nuh reul sarang ha ni gga
neh sarang eh ee yoo neun ub jan ah you know

geuh deh neun darling
bam ha neuk byul bit boda ah reum da wuh yo
neh mam sok gip peun got eh suh ban jjak guh li neun
naman eh sarang beet

geuh del reul sarang heyo darling
uhn jena neh gyut hae suh beet cheul neh joyo
meh il bam bara bogo
bara bwado ah reum dawuh yo
geuh den nah eh sarang beet

geuh del leul bo myun goo reum eul na neun gi boon
yoo chi heh do ja ggoo man geuh leh ama neh geh sarang ee on gun ga bwah

geuh deh neun darling
bam ha neuk byul bit boda ah reum da wuh yo
neh mam sok gip peun got eh suh ban jjak guh li neun
naman eh sarang beet

geuh del reul sarang heyo darling
uhn jena neh gyut hae suh beet cheul neh joyo
meh il bam bara bogo
bara bwado ah reum dawuh yo
geuh den nah eh sarang beet

geuh deh neun lovely
juh ha neul het sal boda noon ee boo shuh yo
neh mam sok uh doon got gga ji bal geh bee choo neun
naman eh sarang beet

geuh del leul sarang heyo lovely
doo noon eul gam ah bwado geuh deh bo yuh yo
ee luh geh bara bora go
bara bwado noon ee boo shuh yo
geuh den nah eh sarang beet.

translation

when i look at you my face gets red
when i see you my heart goes thump thump
i talk with shyness like a kid
when i look at you i just smile out of nowhere
like a fool I keep doing that
I think love came to me

You’re the president of my heart
You’re my chests’ star embroider
I’m Genie for you girl
You make me stop breathing
whatever you want
because i love you
There’s no reason for my love you know

you’re a darling
you’re more beautiful than the stars above in the night sky
the shining thing deep inside my heart
my own love light

i love you darling
give me light next to me whenever
every night i look at you
and you’re beautiful even when i look at you
you’re my love light

when i see you i feel like im up on the clouds
it may be immature but i keep doing this
i tihnk love came to me

you’re a darling
you’re more beautiful than the stars above in the night sky
the shining thing deep inside my heart
my very own love light

i love you darling
give me light next to me whenever
every night i look at you
and you’re beautiful even when i look at you
you’re my love light

you’re lovely
you’re mroe blinding than the sunlight up in that sky
you shine the dark places inside my heart
my own love light

i love you lovely
even if i close my eyes i see you
looking at you like this
you’re still blinding even when i see you
you’re my love light

dengan gaya Jason Mraz diorang nyanyi lagu ni.time aku dengar pagi pagi tadi, aku dah rasa aura lagu ni sebab aku rasa ade mood untuk buat assignment.total out punya semangat ni.thanks CNBLUE, korang dah memangkin semangat aku.geude neoye sarang bit, oppa.


p/s: hencek cinta, sila faham lagu ni.saya tujukan khassssssss untuk anda.saranghae :)