20100105

contest: Lady In Red Giveway


assalamualaikum semua.readers durianjawa sihat tak?jgn demam demam howkey?bilaah demam,mau ponteng kelas/kerja la?cehh..podah.auta la ni?haa. ni aku nak bagitau yang aku nak join contest lagi. nama dia lady in red giveway. aku jumpa ni masa ronda ronda blog la. meh kite susuri entri aku kali ini.

berikut adalah pic yang aku suspek dan pertaruhkan untuk kali ini. panas lagi pic ni.bukan pic nk yang 'panas'..sudah sudah la otak masing masing.haha.anyway, presenting......

pic ni diambil oleh cik afeeqa. dan ini sajalah baju aku yang berwarna merah kak nam.tapi, pape pon, merah tetap HOT.lebih hangat dari pada biasa.. banyak pics yang nak pilih sebelum diupload.tapi semua pic spesis ayu ayu.ni je yang nampak mcm lain sikit.haha.harap organizer terima lah penyertaan saya je.




semoga penyertaan ini akan berjaya.dapek den meraso sobenier dari london sanun. anda semua bagaimana? join la contest ni. macam biasa, wujudkan persaingan yang sihat sejahtera.

20100104

contest: Gaya Makeup Cantek




aku tak tahu kenapa aku bosan.dan aku pon naik tak tahu kenapa aku buat benda ni.

aku ronda ronda bloggers dan aku terjumpa dan terminat nak join contest ni.aku jumpa kat sini. kepada sesiapa yang nak mencuba, silakan. wujudkan persaingan yang sihat. :)

disini jujur aku cakap, bab make up ni aku sederhana saja.setakat nak make up sendiri boleh la, tak de la cantik sampai boleh kalahkan make up artis. tapi aku harap dengan menjoinkan diri dalam contest ni nanti akan memberikan aku inspirasi dan lebih kemahiran untuk blaja make up.
insya allah.

tanpa membazir masa, silakan....


(AFTER)



ini adalah pic seusai sesi make up dilakukan.this is my own work.takde sape sape tolong. maaf kerana letak 2 pic.dua pic ni lah yang paling saya suka ye, kak CPM

(BEFORE)
and this is my natural look.takde secalit krim muka walhal bedak sekalipon.memang macam ni selalu.

kali ini make up saya bertemakan natural dan saya gunakan banyak warna natural saja. pada pic yang pertama tu, saya menggunakan tema gothic sikit tetapi tidak keterlaluan.hanya untuk menghighlight mata saja.dan pic kedua saya gunakan warna purple.kesemua alatan make up adalah dari jenama silky girl :)

"CPM honey nurhaliza yang saya kenali adalah seorang yang loving dan caring, isteri solehah, ibu kepada anak anaknya, dan kakak yang sporting."

slogan diatas adalah ikhlas dari hati saya sepanjang observation saya terhadap kak CPM selama sy kenal akak. dan loving tu saya nampak masa akak dan hubby pergi makan kat papa chop di nilai.i was there~

sekian untuk kali ini.wish me luck.fighting!

20100103

chort: tahun baru mai lagi

selamat tahun baru aku ucapkan kepada readers sekalian.semoga panjang umur dan beroleh kejayaan pada 2010 nanti.diharapkan sepanjang tahun 2010 ni akan terjadi lah perkara perkara indah dan seronok untuk aku.well, jangkaannya pada jun nanti aku akan menamatkan pengajian di kolej legenda dalam jurusan Higher National Diploma in Civil Engineering dengan mendapat pointer yang 'lebih hangat daripada biasa' untuk memastikan proses pembayaran mara nanti akan menjadi mudah dan murah.haha.pinjam sakan punya banyak, mau bayar ciput eh?tak fair.tak fair.

disebabkan cuti new year ni aku balik ke kampung halaman di melaka, jadi sambutan new year seperti yang aku war warkan kononnye dengan encik naim itew telah dibubarkan.dan malam 1hb itu aku bernew year sambil layan mario depan laptop.mario forever ke hape nama dia.chill habis ..korang pulak?aku saspek masing masing berjimba dengan aweks dan pakweks masing masing sambil layan countdown kat mane mane dataran kan?aku tau sangat dah dengan peel korang ni.termasuklah encik naim.haha.takpe takpe.kan saya dah cakap, kalo nak berjimba dengan aweks lain, gua on..asalkan aweks tu blanje awk makan, minyak dan segala benda.kocek awak haruskan menten begitu.haha.baik tak aku? (sumpah ko terbaekk,cot!)(ehemm..tu aku dah lama tau dah. )

takde pape yang menarik sepanjang kepulangan aku ke kampung,hanya membantu adik aku menyiapkan minda dan fizikal untuk melangkah ke sekolah baru esok.yeahhh...adik aku akan berasak sama sama dengan brader brader yang-konon-hebat-dan-ganas serta minah minah-gedik-plus-berperangai-macam-puaka. aku dari bumi legenda ni doakan adik aku sukses setiap hari.harap dia boleh 'slow down' dan 'innocent'kan diri beliau.jangan beliau mencari pasal dengan dua spesis diatas tadi.kalau tak, takda chance nak merempit naik honda class 125cc pegi sekolah nanti.tu pon kene suspend.esok, beliau berbas saja ke sekolah.selamat ye mat depot*

dan esok pun aku akan pegi kelas mcm biasa..my daily life kan..assignment dan semua ke jadah tu.ah~assignment es dah meronta ronta dalam folder.semalam aku dah campak dia kat belakang almari.kasi dia sesak nafas dengan abuk.tapi dia still menten mcm tu je.aku yang sesak.damn!aku nak pergi jumpa pengetua sekolah magik si harry porter la.nak mintak barang satu dua ilmu untuk esemen ni dia typing sendiri kat word dengan drawing ni lukis sendiri gambar yang aku nak tu.amacam?haha

2010, besday aku tak berapa nak cantik harinya.dan yang paling cobaan, hari tu start paper final sem aku.final sem,final year dan final semuanya. chill tak :)
xoxo