20100421

mid term

kakak terbaik saya dan saya yang tudung itam.*muka selebet sebab terpaksa jadi pengapit terjun.cis!*



ada secawan nestum.
muka selebet baru bangun pagi.
jam plak tunjuk pukul 12.37 tengahari. sila tolak minit tu sebanyak 20 minit.itu lah masa yang sebenar.kekeke..


tadi aku belek belek page blog durianjawa ni.pastu aku tengok number of followers semakin bertambah.walaupun aku tak mintak or paksa org jadi followers aku, tapi aku rasa aku nak ucapkan sesuatu untuk mereka mereka ini.

so, ini kire entri khas untuk followers aku.

dear followers,
thanks sebab follow blog sampah saya ni.saya akui, saya ni menulis macam hape je.sebab konsep saya adalah blog gua, suka hati gua.hehe.jadi, kesudian anda menjadi follower saya even kite tak saling kenal amatlah sy hargai.dan maafkan sy kalau sy tak jadi follower kat blog anda pulak pasal saya ni pon berkonsepkan 'keikhlasan dalam menjadi pengikut adalah penting.bukan atas nama kawan kawan atau saling memfollow'. tp sy selalu jugak berblogwalking kt blog anda semua.shhhh...rilek rilek...kekeke..

dan diharapkan anda semua sentiasa menyokong pembabitan saya dalam arena penulisan ini (ceh, mcm award seh.) seperti mana saya menyokong anda dari suara hati sy. marilah berblogging secara berhemah.jgn serang menyerang orang.jangan tabur pitenah (ftnah) kat orang lain dalam post post anda pasal itu semua akan mencacatkan lagi keindahan dan kesucian blog anda. tapi, kalau rasa benda tu bagus untuk dikongsikan, apesalah nya tulis kan? :)

dan, semoga kite semua berjaya dalam apa jg yang kite buat. mahu didunia atau akhirat.amin~


jam tunjuk pukul 12:45. lagi tolakkan 20 minit.
entri mcm ni pon amek masa lama eh nak tulis?
pelik.pelik.

20100415

lai lai laiiii...baru punya entri..baru punya....

tarik nafas dalam dalam..............................................
dan hembuskan.
lega?
alhamdulillah..agak2 tak bleh bernafas tu, sila blah dari blog ni dan pegi hospital untuk further check up.blog sampah mcm ni tak bleh kasi sembuh ape penyakit pon.keke.



well, lama gila aku tak update pape cerita pon.
well, seperti biasa, aku bukan blogger FEMES.tak macam korang korang nih.an an an?
well, sem ni penuh dengan keseronokan pembelajaran.even ada individual project, dan aku masih merangka sana sini, aku tetap seronok.aku seronok sebab pembelajaran kali ni berkonsepkan santai dan ringan.mood aku nak berassingment pon ringan jugak.mudah mudahan.amin.korang doakan ok?


hal hal bisnes tshirt, alhamdulillah la menggembirakan aku.even pada pandangan mata orang, bisnes macam aku ni tak de pape sangat, aku still gembira. sebab ape? sebab aku rasa seronok buat keje ni, seronok cari pelanggan..sebar sebarkan flyers kepada potential buyers..seronok jugak sebab keje ngn kawan kawan.tiada apa yng paling seronok melainkan kita kerja dengan org yang kita sayang dan selesa. tak gitu? pasal hal untung tu, blakang kira la.aslkan kita rajin, Allah akan kurniakan sesuatu untuk kita,kan?dikesempatan post kali ni, aku nk war warkan, sesiapa yang nak tempah tshirt untuk persatuan, asrama, geng, ape2 aja, boleh contact ngn aku atau send email kt alamat ni:

teeshirt01@gmail.com

pertanyaan anda akan dilayan dengan manis bermadu sekali.hehehe..sila hebahkan pada kawan kawan ye :)

ok, aku rasa aku nak pegi masak pasal perut aku dah buat rentak rock kapak dalam ni.td dia bantai medley lagu 'anok tupai', ni dah tune ke 'isi dan kulit' plak..hahaha..ok, yeorobun, annyeong-gi-gyaseyo..jaaa~

tambahan: apesal eh aku refresh banyak kali, font size, font ngn kejadah2 lain tu tak kua?terpaksa la tulisan jd mcm ni.kambeng btol!

20100323

hari ini

mood macam sampah.tak taf langsung. semalam kelas 'bakar' (burn attandance ler).entah kenapa aku pon tak tahu.dah la semalam perasmian kolej linton as universiti. insitut aku?dok takuk tu sajork ler.tadi aku fb chat ngn lecturer aku.ckp yang aku dtg lambat.tapi nampak gaya aku macam x datang je ni. sebab ape? mood nak belajar tak mari.aku ase pagi ni self confidence turun sampai 0.wth kan?

banyak benda nak fikir.tapi otak aku ada system management yang baik.dia siap siap asingkan masalah mengikut kronologi, kapasiti dan jenis untuk kemudahan aku.siap set due date untuk aku setelkan masalah masalah ni.i will...............................................later..-_- (tetiba rindu iman ngn balqis..haihhhh)

ari ahad lepas, encik cinta aku kemalangan.sedih gila aku time tu.tapi belom lagi menangis sampai mengguling2 atas tar depan rumah, cuma dada jadi sebak.aku pon malas nak story lebih lebih kan, bleh la layan link ni.nampak teruk kan?alhamdulillah dia masih selamat.aku bersyukur sesangat. syukran ya Allah..syukran alaika.

dah la.aku rasa aku nak kene cari semangat untuk kelas petang.dan semangat untuk hari esok.