20101006

masih pasal kerja

aku masih menganggur.
dan hari ni, telah jatuh demam.huhu~_~

kat mane aku bleh cari kerja eh?any portal?any blog?any website?
really tired bukak inbox hari hari.check email.rata rata bukan yang aku mahu.ape nak jadi la aku ni. org sekeliling da mula pressure aku.itu ini.

sabarlah hati.

aku akhiri entri ni dengan slogan.

"berilah aku pekerjaan demi sebuah pengalaman"

terima kasih

20100906

cashier

hai semua.salam ramadhan almubarak untuk semua.lama betul aku tak update ape ape story kat blog ni.bukan stakat sawang aje ni, silap silap klawar da buat sarang dah ni.OMG! gua kah Durianjawa?xpe xpe.nti upah PEST tolong bersihkan.kekekeke.

sepanjang pengabdian aku dalam bulan pengangguran ni, aku telah dihired oleh sorg bos muda agak macho laa jgak (bapak tak senonoh ko!) untuk menjadi cashier kt restoran ikan bakar beliau di Umbai, melaka. well, macam biasa, aku kerja tekun dan sabar.kadang kadang lari jugak iman aku ni bila setan datang menghasut jiwa.almaklumlah, kerja bawah orang ni dia punya pressure pelik sikit.nak nak bos ko tu senteng sket.boleh lebur otak ko kat kaunter tu.

ada kala kiraan untung sales malam tu cecah 10k,
ada kala cecah 1k je.
ada kala ada exest.gelabah aku!
ada kala ada short. ni lagi bapak gelabah aku.celah mana ilang duit plak.

tapi, bos aku rilek je.dia x marah pasal duit ilang tu.maybe he trusted me?aku kalo nak hambek duit dia, better aku kaut rm50 sehelai hari hari.ni tak.tp sejak partner aku benti, takde lagi short.pelik kan?wallahualam.

aku masih tunggu offer kerja dari mana mana syarikat yg related to civil eng ni. aku ada plan aku sendiri untuk memajukan diri aku.mungkin pada mata org nampak macam tak best, tp aku amalkan konsep, ade aku kisah?hehehe.Allah knows better than u.if He said 'kunfayakun' then jadilah ia.


sempena raya ni, umah aku takde wat rumah terbuka.rumah memang terbuka ntuk korang datang.tp xde la makan makan yg besar2.makan aje kuih raya aku sama air sirap kosong aku godak secara pukal.haha. ni ada sekerat dua ayat untuk kawan2 aku;

kepada is,abiey,odah,akma,nick,aini,ain cam and all of you legendrian and also stprian, keluarga mak abah ibu ayah, pakwe pakwi gelap dan terang, cikgu cekgi, lecturers, sedara mara dan jiran tetangga, mintak maaf ujung rmbut ujung kaki, halalkan semua yg aku pernah amek dari hasil korang.aku maafkan kalian dan halalkan mkn minum pakai korang selama mana aku pernah kasi la.


akhir kata,
jemput datang rumah.berzanji skit sebelum mkn kuih raya. XD

20100804

hapdet dari aku

hai korang. salam. sari berita tak penting.


malas nak tulis banyak banyak as aku rasa mood nk blogging da jadi sikit je ni. so:

  • aku da menganggur secara hormat selama hampir sebulan lebih.
  • sepanjang pengangguran aku, agak byk benda aku buat. jahit baju org, ajar tusyen dan macam macam. kire bgus la jgk kan dari melepak besarkan badan.
  • oh ye, badan aku makin gemok. sf*&%mdsk btol!
  • aku pegi 2 interview.sedang tunggu respon.
  • mungkin x dpt pegi pon kerja kerja tu sbb msalah2 common bagi a beginner mcm aku. rumah dan kenderaan.
  • itu aje.daaaa

durianjawa sayang sama anda yang selalu bukak blog durianjawa :) maceh. nti da keje i blanje u mkn 'angin' hahahaha....


sape ade tau rumah sewa area desa aman puri, kepong sila roger aku kt email. nhaziz89@gmail.com...kalo bleh x nk sewa bilik.mau sewa rumah.