20091230

chort:nak merapu kejap,boleh?

tempat: meja belajar yang beralaskan plastik pembalut buku.siap ade koyak sana sini.rambu ramba jugak la.cipan je.
tarikh:blog ni ade bagitau tarikh. jgn nak gebang tanye tanye.
masa: 11.13pm


memang pailang betol.memang....aishhhh!!apesal tah dengan aku arini.bende aku buat semua hampeh je.tadi nak buat drawing kontur untuk subjek highway, aku tadi dalam kelas tak pay attension sangat kat mr depri.sudahnya kene la melanguk kat tetingkap ym si east ngn bee.depa pulak dah 'tumbang' dulu.harapan la~

pastu aku decide nak buat la subjek environmental science ni.ade 2 task nak kene kasi setel la.ade la aku karang intro untuk soalan pertama tu dalam 6 baris.pastu aku blur.ah.....sudah.cipan lagi.last last aku biarkan aje soalan.jawapan takda.haish..ape kene la dengan aku ni.aku close tetingkap microsoft word 07. esok mungkin ada idea sikit.harap harap la..jangan jadi harapan sudah.

ni aku ngah cuba nak jawab subjek project management.pasal project manager.nampak macam kacang hangus je.tapi, hapah aku tak tulis.aku jadi blur lagi.aku rasa aku kene tidur la.kene rehat elok elok.semalam aku bantai qiamulai secara tak islamiknya, tengok episode cerita loving you a thousand times.hahah.hasilnya, khatam untuk minggu ini.tunggu dia upload epi yang baru.hehe.

sekarang aku rasa aku nak rileks kan minda aku.esok aku pulun buat kerja kerja ni.yang penting, sabtu nak berjimba dengan encik naim.new year yang bermakna untuk kami.i got the excitement!

pesanan tapak kaki: readers, we are heading to the new chapter in our life.yet, 2010 are coming to us, either we are ready or not, that day will come to greet us.prepare for the wishes.-_-

20091227

chort: abdul rashid dan emak tercinta

sempena hari natal yang lalu, aku dah mengambil keputusan paling fleksible dan utuh iaitu membalikkan diri ke kampung halaman yang dah berjeman aku tak singgah.ish ish ish...anak spesis ape la aku ni kan?sibuk..-_-' seraya dengan pembalikan aku tu, aku dapat tengok bermacam macam peristiwa menarik. mula mula aku nak cerita pasal adik lelaki seiras-tapi-tak-kembar aku ni. oh ya, nama dia Muhammad Abdul Rashid.hehe.

dia ni memang agak lain dari adik beradik aku yang jantan lah especially. since aku ade 2 abang, dan dua dua memang kaki merayap..so, masa aku bersama mereka memang limited lah.kualiti dan kuantitinya tidak berapa nak bagus.waktu tidur adalah masa yang paling lama kami habiskan bersama.haha.sebab kami memang tidur bersepah diruang tamu.dan abang abang aku memang habit tidur sebelah aku..eh,jangan pikior lain pulok ye deme..kan aku dah kata, ni aje masa yang kami ada untuk bersama. berbalik pada perihal adik aku si acit nih, dia ni kurang lah melepak kat luar.selalu ada kat rumah.dia semacam hormat je aku ni balik sekali sekala.tapi dia tak berapa mesra manja lah dengan aku.biase lah, kami kan seiras.nanti ada yang keliru kalau duduk dekat dekat.

nak dijadikan cerita, aku buat kajian pada diri adik aku ni.aku observed sikap dia seharian.dia ni agak hardworking even kerja dia sekarang adalah menoreh getah..dia ni pandai jaga budak.jadi babysitter la..akak sulung aku ada jaga anak jiran dia.3 orang.kecik kecik semua.si acit ni lah yang tolong akak aku manage budak2 ni.budak2 tu takut ngn acit sebab acit suka ugut nak hantar dorang balik rumah atok yang dorang tak suka.jadinya, budak tu turutkan aje semua yang acit mintak. bila disuruh tidur, diorang tidur.acit siap sediakan toto ngn bantal setiap sorg untuk tidur. lepas je kitorang masak, dia suh pegi makan, berdedai dedai budak bertiga tu pegi makan. yang menjadikan diorang ni tak melawan adelah perangai acit yang suka bergurau kasar. dia gurau tumbuk2 ngn sakat ngn anak buah aku sampai dorang nanges2.tu yang budak bertiga tu kecut perut.haha.acit...acit..

adik aku ni pun sorang yang pembersih.dia rajin basuh moto mak aku even mak aku tak suruh. siap wax skali, walhal mak aku guna wat pegi menoreh aje.bkn pegi show room pon ;) petang petang dia belanja makan sate tak pon air batu campur semua yang ada dlm rumah.baik kan dia?hehe.puji adik sendiri pulaks.ade sapa nak amek jadi calon suami?haha..oh ya, untuk menaikkan saham beliau, aku selitkan satu fakta tentang diri beliau.si acit nih sangat funny orangnya.sangat senang nak ajak bergurau.memang kelakar sgt.aku asyik ketawa je bila dia mula nak bercakap.

dan selain cerita adik aku..aku nak cerita kat sini betapa aku merasakan kasih sayang mereka yang berlimpah ruah pada aku kat sini.setiap bende dalam rumah tu..setiap perbuatan dorang, dorang akan consider aku dulu.maknanya, makanan tengahari..ikut menu kesukaan aku, walhal dah berjuta kali aku ckp..even tlur ngn nasi pon aku taram aje.dorang still tanya makan ape..masak ape..im very touched..aku sedar aku takkan dapat pengganti mereka kelak kalau aku tak layan mereka selayaknya..dalam waktu yang sesingkat ini..aku akan memanfaatkan dengan sebaiknya..aku nak bahagiakan emak yang sangat susah dan menderita sepanjang hayatnya.aku hanya akan tenang bila aku dapat penuhkan apa yang emak mahu..selaras dengan kemampuan aku..

semoga perhubungan kekeluargaan kami akan terus dirahmati dan diberkati-Nya selalu.andai tuhan mendengar suara hatiku bermonolog, aku berdoa supaya dikurniakan kesihatan dan rezeki yang mencurah curah supaya aku dapat membantu ibu bapa ku kelak.amin~

untuk mak, nurul doakan agar mak sentiasa sihat dan dapat meneruskan kehidupan mak seperti selalu. emak sudah terlalu penat melayan karenah kehidupan yang menuntut emak menjadi seperti seorang abah, walhal abah sedikit pun tidak mempedulikan emak seperti selayaknya seorang isteri disisi suami.nurul harap emak tidak menyesal akan takdir emak begini.emak harus bangga hidup mak masih dikelilingi anak anak dan cucu cucu tercinta. harap emak dapat bertahan sementara nurul berusaha untuk mengisi kekosongan hidup mak.nurul tahu mak mengimpikan kehidupan seperti keluarga lain.nurul akan cuba tunaikannya mak semampu nurul.walaupun mak hanya melahirkan, tapi mak dah jaga nurul sejak nurul belum lagi tuhan layangkan nyawa dijasad.mak jaga nurul dengan baik waktu nurul dalam rahim mak.mak tumpahkan seluruh kasih sayang tulus dari jiwa mak yang lembut tu terus ke anak mu ini.dan pengorbanan mak untuk memberikan nurul kepada ibu dan ayah demi menjamin kesejahteraan kehidupan nurul kelak, adalah yang paling nurul kenang.semoga emak akan lebih bahagia pada tahun baru nanti.doa nurul untuk mak tak pernah putus.apa pun terjadi di dunia ini, nurul tetap akan kata bahawa mak adalah ibu nurul dunia akhirat.

20091222

chort:wishlist aku

hari ini mahu bercerita pasal diri sendiri lagi.almaklumlah, blog sendirian berhad.nak cerita pasal apa lagi kalau bukan diri sendiri.well, kehidupan semenjak dua menjak ni semakin memuaskan.cuma masih ada yang memeningkan kepala aku. kelas and assignment semua berjalan dengan lancar.glad to hear that,right? aku rasa aku memerlukan part time job untuk sem ni.sementara masih ada masa dan kelapangan, aku memang nak cari part time. bukan apa, aku banyak keperluan dengan duit tu.

first, nak buat tabungan untuk masa sem depan yang mara dah tak masuk dah.start bulan 6 kene sara diri sendiri. i am a person who doesnt like to lean on parents. so, dengan adanya simpanan kerja part time, aku dapat la tampung segala perbelanjaan aku time sem akhir nanti memandangakan ada project individu nanti.the costs cant be predicted.yang lepas punya project pon makan ratus jugak.tu nasib berdivided into 6 person.kalo sorang sorang nanti?tak ke haru aje? sekarang ni tengah dalam proses mencari kerja part time weekend yang boleh dan sesuai dengan diri aku.aku ni takde kenderaan.susah kalo nak kerja jauh jauh dan balik lewat malam.kenderaan yang available hanyalah ktm dan bas.tu pon bas kol 10 mane ade dah.memang kene naik train mlm la gamaknya.takpelah, demi sebuah pengalaman..kesakitan itu adalah pemangkin.

reason kedua aku cari duit tambahan ni sebab aku teringin nak pergi bercuti jauh2.sem lepas dah pegi kelantan.well, dengan itu lengkaplah perjalanan aku ke semenanjung ni semua. tinggal sabah sarawak je belum lagi.someday~aku dengan bff dah rancang nak pergi holiday puas puas lepas habis sem nanti.yelah, sem depan nak menghadap 4 subjek taf taf semuanya.setiap subjek koman koman 2 atau 3 assignment.dengan 1 project lagi.can u imagine how i am going to manage all those things alone?and now im already got the goosebumps..lepas je habis nanti, memang aku nak berholiday ke tempat tempat yang boleh clear up minda aku ni. prepare untuk cari kerja pulak. -_-

reason ketiga, aku nak bagi present kat adik aku nanti.aku teringin nak belikan dia hp yang dia nak.she doesnt request for much, but as long as it meet her requirements, thats it..aku pun memang nak beli satu hp yang best best. kalo nak beli, biar yang mahal dan ada semua applications.baru berbaloi.tapi, keperluan lain perlu diutamakan dahulu.hutang piutang kene kasi langsai..baru jiwa tenang nak melabur kat tempat lain.oh, lupa nak mention, aku dah janji kat ayah dan ibu yang aku nak tukar pc rumah tu jadi set lain.dan aku janji kt ibu yang aku nak decorate rumah nti.cat, langsir dan segala perhiasan lah.

reason keempat, aku nak guna duit untuk simpanan masa depan dan 'depan'.hehe.rancangan tu ade dah, masing masing sedang membuat persiapan rapi.hanya tunggu ia terlaksana aje.doakan untuk arah yang satu itu ye. setakat ni tak ada halangan lagi. cuma tunggu pengesahan dari orang tua aja.green light kata mat saleh.hehe.

akan aku hapdet dari semasa ke semasa bila salah satu dari wishlist aku bila aku dapat part time nanti. korang readers jadi saksi oke?


nota kaki: kene buat motto macam kim hyun joong ngn hwang bo dalam rumah dorang la
"money...money..come to us!"