malas pulak nak bagi salam kat readers ni.pandai pandai la ye korang jawab salam sendiri.hehe.tujuan aku tulis entri time mamai mamai ni sebab aku teringat pada ayah dan ibu kat rumah.well, aku rasa aku tak bagitau lagi pasal rumah aku buat kenduri aritu.ehem ehem...ni yang nak cerita ni..
mula mula, pada kawan kawan yang tebaca ni, jangan sedih jangan marah aku. sebenarnya, majlis semalam adalah majlis merisik dari encik heart la.benda ni tak rancang sangat pon.khemah depan uma pun 1 je.semua sanak saudara terdekat hadir.bertungkus lumus depa buat keje.tak hirau langsung ketiak yang dah tak boleh nak dibawa berunding lagi harumannya.salute sikit dua tiga kali...hehe..aku actually ada presentation hari sabtu aritu.tapi, atas dasar dasar rundingan damai, tunda sampai selasa ni nanti.lgpon, we all tak prepare lg.report tak siap..slide lagi la..harapan laaaaa...
jadinya, aku balik gpoh gapah gitu.bawak dua orang kawan aku, east dan abie.at least ade jugak kawan masa hari merisik tu nti.hehehe.merisiknye belah petang.aku bukan nak kepoh kepoh ape..malas la nak layan soalan kawan kawan nti.lagipun kecil kecilan aje. :) doakan lah nanti majlis seterusnya menyusul lepas raya nanti ye.
hihi
oke,
ni baru cerita betul untuk entri bertajuk, terima kasih.
yang atas ni kencing lebat je.takde majlis merisik..ni majlis mendoakan arwah nenek aku yang dah hampir bape tahun tah tinggalkan aku. takdak gambar nak publish as aku rasa annoying betul kalau aku amek pic time org sibuk sana sini buat kerja.aku sebagai anak dara tuan rumah, harus lah aku tolong tolong.mula mula aku rilek rilek dlu..berborak dengan sedara mara yang rata rata tanya aku soalan:
'bila habis blajar eh?'
'nak kerja kat mana nanti?'
'bila nak kawen?hehehe'
fuhhhh...jenuh jugak bbir aku nak ulas hal ni.ase macam da byk kali bgtau yg aku akan habis this week.this selasa adalah finale.heehee.jadi aku mulakan dengan soal ibu dan mak aku, what should i do, mother?ibu aku mula cakap tolong itu ..ini...ah..sana..situ situ..macam macam.tapi aku suka.tengok ibu aku suka.org org belah masak masak sume cakap aku ni rajin.haha.harus la..rumah aku..tp memang aku dah ready untuk tolong sebanyak yang boleh semasa semangat rajin menjulang tinggi. as aku pernah cakap sebelum ni, aku akan buat ape je yang ibu dan ayah aku suka, sebab aku sangat sangat yakin dengan keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah.bila mana kita buat baik pada ibu bapa, besarlah pahala untuk kita.aku nak kumpul reward free macam ni.bukan susah..jaga adab dengan parents, hormat mereka dan keputusan mereka, dan paling paling ramai org lepas pandang ialah..jaga intonasi suara anda dengan mereka.jangan tekak nak telolong cakap ngan mereka..aku selalu amalkan nada rendah dan lembut je kat ibu dan ayah aku.even orang tengok aku ngn adik aku berborak penuh dengan carutan disetiap ayat, tapi dengan parents, no high pitching ok.sebab itu ibu aku sayangkan aku.
ah, masa tengah type entri ni pun da rasa sebak.rindu dengan ibu ayah adik kat rumah.ibu paling tak sabar aku nak habis.dia cakap takda kawan dia nk luahkan masalah dia..takda orang nak bantu dia kerja rumah.adik aku ade, tp dia kan sekolah.balik sekolah je dah........zzzZZzzz.. -_-.jdi, ibu ayah malas nak kacau dia.hurmmm..ingat lagi aku..hari tu ibu sedih, aku sedih pasal br lepas jumpa doctor.ape tah doctor tu ckp, aku lupa..da lama da bende ni..jadi, aku tengok ibu macam nak nangis..ibu cakap ibu sedih dengan keadaan ibu..da la sakit..banyak kerja tak boleh buat..ibu aku nak kemas rumah sebab nak dekat raya kot time tu..aku plak tunggu ayah aku cuti br best nak kemas kemas ni.tapi tah macam mane tah, tetiba aku rasa nak gembirakan ibu aku..aku buat macam macam kerja..time tu ibu aku da tido dalam time dia nanges tu. :(
aku mula mula sapu sampah segenap ruang..pastu sapu abuk2 kat kipas siling..sawang sawang sume bersihkan..pastu sapu habis..then, bancuh air sabun lantai..mop satu rumah..sampai ruang luar sana.mop bersungguh2 untuk kasi lantai berkilat dan wangi..aku lap sliding door plak.kasi takda cap jari..masa tu aku da x hirau penat dan lapar..aku lap perabot2 kat ruang tamu..susun2 buku majalah semua..tukar set alas kusyen.then aku prepare set langsir baru ibu kat sudut tepi rumah.nti malam nak pasang.aku pun sebelum tu da kuakan bahan bahan nak buat kuih raya...nak kasi ibu lupa pasal kesedihan dia dengan ajak buat kuih.ibu takkan buat biskut raya tanpa aku disisi.sambil tu, aku da siap la kemas depan rumah semua..then rehat2 sikit, aku masak bubur untuk ibu, sebab lauk sahur habis dah.ibu tak puasa pun.
buat bubur ayam masa tu..bersungguh aku buat.pastu aku try buat kek gula hangus macam ibu pernah ajar dulu.hehehe..tengah aku kukus kek tu, ibu aku menjerit dari belakang..
"wahhhhh...along buat ape ni,nak?kek gula hangus ke tu?sedapnyeeeee"
"aah bu.along buat kek ni ha...saja je.ibu lapar tak?"
"agak la..lapar jugak eh lepas nanges ni. :("
"ala..jangan la ibu nanges lagi, meh along siapkan makanan ibu.ibu tunggu kat meja makan sana eh"
"eh, lauk mane datang plak?kan ke da habis?ibu baru cadang nak makan megi ke..ape ape je la..nestum ke"
"xpe xpe...along da masak bubur ayam da..hehe..spesel untuk ibu"
"yeke nak?terima kasih.....mesti sedap bubur along.."
"sama sama ibu."
lepas tu masa dia pegi tengok ruang tamu da wangi dan bersih semua, dia tanya la..sape buat ni semua..aku ckp aku buat tadi.masa ibu tido.dia dah sebak dah...seb bek aku sempat buat lawak sket kasi dia ketawa.gugur jugak air mata dia time ketawa tu :) ibu berkali kali cakap terima kasih semua la kat aku.aku jawab
"ibu kan ibu along.bila ibu sedih, along kene la hiburkan ibu..jadi, along buat semua ni sebab nak ibu gembira arini.jangan sedih sedih.along sanggup buat ape je demi ibu.aslkan ibu gembira dan senyum je selalu"
nada suara dh bergetar dah hujung hujung.kontrol macho sikit..ibu makan bubur banyak.sbb lapar.pastu kitorang lepak depan tv sambil borak borak.kek tu ibu cakap simpan untuk buka.tunggu adik aku bangun untuk buat biskut raya.masa tu aku rasa jiwa aku bahagia.agaknye malaikat kiri kanan tengah catat amalan aku hari tu kot.. :P bahu aku rasa berat je sebelah ni :P hahahahaaha..
oke oke, aku tau aku dah bazirkan masa korang baca benda ni.tapi harap harap korang juga akan amek pengajaran dari cerita aku ni.mana baik, amek la..mana salah dan buruk..tendang sdut jauh jauh. :)
p/s: nak cakap thanks pada:
- warga taman seri paya dalam
- east dan abie
- sedara mara sepupu sepapat
- orang kampung paya dalam
- dan si pencuri duit ibu aku.dem ko!pundek!
0 orang nak drop feedback:
Post a Comment