tadi siang aku dan penghuni rumah aku adakan sesi kemas rumah. semalam dah bincang gebak gebuk.hari ni aku nak buat la sikit sikit. tapi lama lama jadi seronok pulak.jadi terover dah.haha.kerja kerja dimulakan dengan kemas-lupus kan bahan bahan buangan kat balkoni belakang tu sebab rancangnya nak letak dapur dengan ice box kat situ.walaupun agak sempit sikit, tapi ade reason kenapa letak macam tu.
disebabkan wiwie ada komitmen lain, kak wa dah dilanda demam dan odah yang baru bangun tido, aku dengan kak fizah ajelah yang buat kerja ni dulu. well, aku ni tak kisah pon nak involve ke tak dalam aktiviti sihat ni.haha.cumanya, aku tak suka la 'rumah dah siap, pahat berbunyi'.haaaa...korang semua belajar bahasa melayu kan?dapat A kan masa exam.sendiri faham lah.as for now, semua ahli rumah nampak berpuas hati dengan hasil kerja kami. dalam hati tu, wallahualam lah.kalau diorang tak puas hati, boleh la kasi tau aku.leh la aku fikir fikirkan untuk ejas ejas balik.aku ni open minded dan welcoming punya orang.don wori lah.
akhirnya, sebelum maghrib tadi kami siapkan lah kerja kami.akhirnya dapat la dapur yang luas dan boleh digunakan untuk buat main karom.dan kami pun dah ada meja makan.haha.kelas gitu ;3 lepas ni rajin lah aku makan sebab makanan selalu ada kat atas meja makan.ye dak?haha..alang alang dah berisi, biar sampai ke tahap yang ideal.tak gitu abang naim takeshi?hihi.harap lepas ni kami akan berusaha untuk memastikan rumah kami jadi lebih kemas dan bersih.well, ni adelah practise sebelum jadi isteri orang. baru mak mertua puji. berbaloi baloi~
0 orang nak drop feedback:
Post a Comment