20100428

what time is it now?

tadi baca blog kak hidd.pelan pelan aku ucapkan syukur pada Allah sebab beri kak hidd petunjuk dan kesempatan untuk beliau merasai keindahan satu lagi suruhan Allah. dalam hati aku terdetik jugak rasa nak berubah.

what time is it now?
it's time to change.


why?



matahari dah nak terbit dari barat dah, cik kiah..cik nom. aku ni amal ibadah tak banyak pon.dulu aku selalu fikirkan hal masa depan secara duniawi.nak kawen umo bape la..nak anak bape deret lah..nak keje kat negeri mane lah..bila nak main luncur ais kt korea..macam macam lah.tapi, lepas je media massa asik asik dok cite pasal tanda tanda kiamat, aku rasa tak salah kalau aku ubah nawaitu aku jadi lebih kearah jalan Allah.aku dah taknak fikirkan hal dunia sangat. aku teramat amat sedar, dosa aku pada Allah, sebanyak lautan ni agaknya.ke banyak lagi, wallahualam. aku nak berubah.totally berubah.firstly, aku nak ubah penampilan aku seharian. dulu masa skolah agama, aku praktikkan dah bende ni, cuma taknak teruskan sebab tak trendly katanye. tapi, banyak contoh muslimah yang ada kt sekitar aku ni yang bergaya, tapi masih dalam garisan Islam. cantik pulak tu. tuhan nak aku berubah, dah lama dah.melalui mimpi mimpi yang aku alami dulu..sejak tu la hati aku terdetik nak berubah.pada aku, kalau nak berubah, biar terus. bukan la harini berubah tang pakaian, tapi hal sembahyang masih lompang lompang sana sini. kene seiringan.itu maksud aku.

cerita panjang lebar dalam pon tak guna jugak kalau aku tak buat. aku berharap nanti aku akan mula berubah secara total dan takkan kembali lg pada kehidupan yang dulu. prinsip aku, zaman sekarang dah tak boleh percayakan sesiapa sangat, hanya percaya pada Allah dan naluri kita. kene kuatkan semangat dan tongkahlah arus kesesatan yang dah jauh aku ikut ni untuk kembali pada jalan yang diredhainya. walaupun aku selalu perasan, untuk mencapai kejayaan, macam macam rintangan akan dihadapi..aku tau, Allah hanya akan menguji ujian yang Dia tahu kita mampu lakukan. sebab tu aku latih diri aku untuk lebih cool dan rileks dengan dugaan dugaan kecik yang aku pernah tempuhi.

semoga ada yang terbisik dihati dengan tulisan aku pada tengahari ni.kalau ada, marilah sesama kite berubah.kalau belom, aku doakan satu hari nanti.jangan sampai pintu taubat tertutup, baru kita nak hamparkan sejadah berdebu dan menangis merayu meminta keampunan-Nya. haiya alal fallah~ (marilah menuju kejalan kejayaan)

aritu ada baca pasal NASA dah kompomkan yang tak lama lagi ada kemungkinan yang matahari akan terbit dari barat. dalam dada aku ni cuak bukan kepalang.rasa suntuk sangat masa yang ada ni.

wallahualam.

20100421

mid term

kakak terbaik saya dan saya yang tudung itam.*muka selebet sebab terpaksa jadi pengapit terjun.cis!*



ada secawan nestum.
muka selebet baru bangun pagi.
jam plak tunjuk pukul 12.37 tengahari. sila tolak minit tu sebanyak 20 minit.itu lah masa yang sebenar.kekeke..


tadi aku belek belek page blog durianjawa ni.pastu aku tengok number of followers semakin bertambah.walaupun aku tak mintak or paksa org jadi followers aku, tapi aku rasa aku nak ucapkan sesuatu untuk mereka mereka ini.

so, ini kire entri khas untuk followers aku.

dear followers,
thanks sebab follow blog sampah saya ni.saya akui, saya ni menulis macam hape je.sebab konsep saya adalah blog gua, suka hati gua.hehe.jadi, kesudian anda menjadi follower saya even kite tak saling kenal amatlah sy hargai.dan maafkan sy kalau sy tak jadi follower kat blog anda pulak pasal saya ni pon berkonsepkan 'keikhlasan dalam menjadi pengikut adalah penting.bukan atas nama kawan kawan atau saling memfollow'. tp sy selalu jugak berblogwalking kt blog anda semua.shhhh...rilek rilek...kekeke..

dan diharapkan anda semua sentiasa menyokong pembabitan saya dalam arena penulisan ini (ceh, mcm award seh.) seperti mana saya menyokong anda dari suara hati sy. marilah berblogging secara berhemah.jgn serang menyerang orang.jangan tabur pitenah (ftnah) kat orang lain dalam post post anda pasal itu semua akan mencacatkan lagi keindahan dan kesucian blog anda. tapi, kalau rasa benda tu bagus untuk dikongsikan, apesalah nya tulis kan? :)

dan, semoga kite semua berjaya dalam apa jg yang kite buat. mahu didunia atau akhirat.amin~


jam tunjuk pukul 12:45. lagi tolakkan 20 minit.
entri mcm ni pon amek masa lama eh nak tulis?
pelik.pelik.

20100415

lai lai laiiii...baru punya entri..baru punya....

tarik nafas dalam dalam..............................................
dan hembuskan.
lega?
alhamdulillah..agak2 tak bleh bernafas tu, sila blah dari blog ni dan pegi hospital untuk further check up.blog sampah mcm ni tak bleh kasi sembuh ape penyakit pon.keke.



well, lama gila aku tak update pape cerita pon.
well, seperti biasa, aku bukan blogger FEMES.tak macam korang korang nih.an an an?
well, sem ni penuh dengan keseronokan pembelajaran.even ada individual project, dan aku masih merangka sana sini, aku tetap seronok.aku seronok sebab pembelajaran kali ni berkonsepkan santai dan ringan.mood aku nak berassingment pon ringan jugak.mudah mudahan.amin.korang doakan ok?


hal hal bisnes tshirt, alhamdulillah la menggembirakan aku.even pada pandangan mata orang, bisnes macam aku ni tak de pape sangat, aku still gembira. sebab ape? sebab aku rasa seronok buat keje ni, seronok cari pelanggan..sebar sebarkan flyers kepada potential buyers..seronok jugak sebab keje ngn kawan kawan.tiada apa yng paling seronok melainkan kita kerja dengan org yang kita sayang dan selesa. tak gitu? pasal hal untung tu, blakang kira la.aslkan kita rajin, Allah akan kurniakan sesuatu untuk kita,kan?dikesempatan post kali ni, aku nk war warkan, sesiapa yang nak tempah tshirt untuk persatuan, asrama, geng, ape2 aja, boleh contact ngn aku atau send email kt alamat ni:

teeshirt01@gmail.com

pertanyaan anda akan dilayan dengan manis bermadu sekali.hehehe..sila hebahkan pada kawan kawan ye :)

ok, aku rasa aku nak pegi masak pasal perut aku dah buat rentak rock kapak dalam ni.td dia bantai medley lagu 'anok tupai', ni dah tune ke 'isi dan kulit' plak..hahaha..ok, yeorobun, annyeong-gi-gyaseyo..jaaa~

tambahan: apesal eh aku refresh banyak kali, font size, font ngn kejadah2 lain tu tak kua?terpaksa la tulisan jd mcm ni.kambeng btol!