20100114

chort: harap harap belum terlewat.

salam sejahtera semua. hari ni negeri 9 cuti sempena besday yang dipertuan agong.kali keberapa, sila YM hulu balang istana. aku tak amek perhatian bende bende macam ni.maaf ye :) kali ni aku teringat pulak pasal wishlist. aku jalan jalan kat blog orang, semua ada wishlist. baru aku perasan, blog aku takda wishlist. nak cerita pasal azam, lagi lah takda. teruk betul owner durianjawa.haha. oke oke, meh cerita pasal azam untuk 2010.

azam 2010

seperti biasa, ramai orang pasang azam sempena masuk tahun baru. aku tak pasang azam pun secara official. kalau orang tanya, aku jawab on the spot je yang aku terfikir. takda state azam pon. tapi, rata rata azam aku macam orang lain jugak. nak capai kejayaan terbaek untuk tahun ni. kejayaan dari segi pelajaran, percintaan dan apa apa aje lah. as for tahun ni, aku bakal menamatkan pengajian selama 3 thun setengah ni dan akan memburu pekerjaan untuk kemandirian kehidupan seterusnya. itu cabaran besar untuk aku sepanjang 21 tahun hidup ni. then, sempena umur 21 tahun ni, aku berazam untuk mencorakkan kehidupan aku dengan lebih baik, aku nak didik diri aku untuk terus berada di landasan yang diredhai Allah. menjauhi segala kemungkaran dan sentiasa menghormati/menghargai/menyayangi semua orang disekeliling aku. aku nak jaga parents aku dengan lebih baik.aku nak jadi anak yang baik untuk mereka. amin~

21 itu kunci kebebasan? harapnya kebebasan itu tidak akan membabaskan aku dijalan yang gelap.amin.

wishlist 2010.

mari bercerita pasal wishlist pulak ;) aku ni ada banyakkkk sangattt wishlist.

  1. dapat pointer terbaik dalam final sem nanti. nanti dapat kurang bayar mara :)
  2. dapat kerja dengan gaji yang best lepas grad nanti. ada sesiapa nak cari pekerja untuk HND holder in civil engineering? hehe..
  3. a car. aku suka kereta spesis macam exora. boleh membawa 7 sekeluarga.
  4. blacberry. csl blueberry pon boleh juga.
  5. percutian keluarga ke langkawi.
  6. cameron higland, bukit tinggi dan south korea.
  7. be prepared untuk mengupgradekan relationship yang dah berusia 2 thun lebih ni.
  8. trio friend business. secret nih.
  9. dapat menguasai master dalam korean language. insya allah.
  10. jadi muslimah yang baik dan 'zero ponteng solat' scheme akan berjaya tahun ni ;)
dalam banyak banyak tu ada yang aku dah capai. pergi cameron highland dengan my beloved bf. :) sangat hepi. oh, nanti sila tengok entri percutian kami kat sini. aku malas nak upload pic. hehe. heading forward untuk ke bukit tinggi. insya allah with my buddies in onetak group lah.reramai pegi sana. wow, seronok habis. south korea? oneday insya allah.

again, usia 21 ni, aku akan mempertimbangkan idea encik love untuk mengupgradekan hubungan kami. tapi tak bermakna kami nk upgrade tahun ni..just fikirkan macam mana. lagipon encik love ada setahun lagi. aku pulak ada 5 bulan lagi. just giving a thought lah. next next year maybe. doakan, pls ^^

aku gila gadget. sangat suka. sedang berfikir untuk menyambar blackberry/blueberry csl. dan sebijik CORBY untuk adik aku. baik kan aku? haha. tu pun kalo dia berjaya dapat no 1 dalam kelas dia akhir tahun nanti. hehe.siap ade syarat lagi.biase la.kata pemangkin kan. rasa macam nk cuba jadi gamers. tapi macam mana eh? suka sangat dengan PSP. hurmm..kalau pasal game game ni, aku memang teringat adik aku sorg tu. dia memang hard core gamer. nak beli untuk dia la. aku? ah, game mario bodoh tu pon tak lepas level 1. kejadah nak ber nintendo tak pon ber PSP?haha.

ok lah,dah jauh aku bebel ni.sian korang baca. anyway, doakan aku capai semua wishlist ni untuk tahun ni. dan aku doakan korang juga.amin~

20100108

chort:entah la,jang

aku ada kawan yang berkapel. dan kawan aku tu pernah jadi ex aku.dulu la..tapi skang ni dorang dah break up.aku sayang dua dua.aku nak sebelahkan si lelaki, tp aku ase macam terpengaruh dengan si perempuan.aku kan perempuan, so bila dengar luahan perempuan, aku jadi macam mengiyakan dan mula fikir semacam kat kawan lelaki ni.mula mula terbit perasaan marah jugak.as for what i've been through during our sweet moments. tapi kalau nak bela si perempuan pun rasa macam susah jugak.bila si lelaki ni datang and mengadu kita segala macam benda, kita takkan taknak tolong. dia pernah jadi pujaan kita, pernah jadi kekasih kita, pernah jadi kawan kita dan still kawan sampai bila bila. aku bukan jenis senang nak buang orang, even org tu dump aku macam ci* aku tetap cuba untuk jadi kawan dia.tp kalau yang dump teruk sgt, aku tinggalkan la.sikit pon aku taknak dekat.betul ni.bukan tipu.

kalau korang jadi aku, ape nak buat?aku layan si lelaki ni sebab dia kawan aku dah lama.kisah percintaan kami aku da lama buang.tapi kalau nanti aku nak hang out dengan dia, ternampak pulak dek si perempuan ni nanti, macam mana?haihhh...harap dorang faham la niat murni aku.bkn nk cakap talam.tapi aku nk dengar dan siasat sendiri kedua dua orang ni then aku sendiri tau sapa salah sapa betul.tapi aku takkan bagitau sesiapa.dari pihak perempuan, aku dah dengar dah.dari lelaki belum.tunggu masa saja.


*kawan kawan ku, jgn bercinta sesama kawan baik boleh tak?susahkan aku bila break.dah tak tau nk sokong mana.

20100106

chort:fallen for u for thousand times...

ini adalah wallpaper desktop saya untuk musim ini.lelaki yang berbaju hitam adalah jejaka pujaan saya.take note dan stay away ;3


hari ni hari yang rileks sikit.tapi mlm nya tu macam serabai.stay up buat presentation sampai jam 6 pagi. dan pegi kelas untuk present jam 9.how come? tidur pon tak berapa nak nyenyak. esok ari kamis, diisytiharkan takde kelas.yabedah beduuu~ tapi, jumaat ada banyak benda nak kene submit. jadi, malam ni aku ambik kesempatan untuk menulis sesuatu la kat sini.tadi aku baru lepas godam godam minihomphy oppa kesayangan aku, yesung. dengan berbekalkan ilmu hangul yang tak seberapa, aku cuba jugak akses pic dia. wahaha..sarat pukat aku malam ni.banyak picture beliau telah aku rembat. ada tu aku edit style macam orang korea suka edit.dan pic tu telah selamat jadi wallpaper desktop aku.hihi ;p

nama brader ni ialah Kim Jongwoon. nama pemes dia kat pentas adalah Yesung. dia ni lead vocal untuk SUJU.SUJU stand for Super Junior yang membariskan 13 orang jejaka kacak seluruh korea dan dunia. aku suka semua ahli suju ni kecuali Kangin dan Donghae. kenapa? huh, biarlah rahsia. paling aku suka? ouh, semestinya si kacak rupawan Kim Heechul. our Cinderella-nim. kekacakan dan kecantikan dia tu bersatu padu dan apa pun situasi, dia paling menyerlah..

sekian saja untuk malam ini.nanti ada idea dan bahan aku update lagi. ha, aku tau mesti korang wonder ape la yang aku conteng bulat bulat kat pic yesung tu kan?

*eeteuk love yesung
*abg yesung, i love u.

ketawakan aku ea???takpe.ade ubi ada batas, ada keledek ada keria, ada apa dengan dirimu?hahah.ok,chow~

20100105

contest: Lady In Red Giveway


assalamualaikum semua.readers durianjawa sihat tak?jgn demam demam howkey?bilaah demam,mau ponteng kelas/kerja la?cehh..podah.auta la ni?haa. ni aku nak bagitau yang aku nak join contest lagi. nama dia lady in red giveway. aku jumpa ni masa ronda ronda blog la. meh kite susuri entri aku kali ini.

berikut adalah pic yang aku suspek dan pertaruhkan untuk kali ini. panas lagi pic ni.bukan pic nk yang 'panas'..sudah sudah la otak masing masing.haha.anyway, presenting......

pic ni diambil oleh cik afeeqa. dan ini sajalah baju aku yang berwarna merah kak nam.tapi, pape pon, merah tetap HOT.lebih hangat dari pada biasa.. banyak pics yang nak pilih sebelum diupload.tapi semua pic spesis ayu ayu.ni je yang nampak mcm lain sikit.haha.harap organizer terima lah penyertaan saya je.




semoga penyertaan ini akan berjaya.dapek den meraso sobenier dari london sanun. anda semua bagaimana? join la contest ni. macam biasa, wujudkan persaingan yang sihat sejahtera.

20100104

contest: Gaya Makeup Cantek




aku tak tahu kenapa aku bosan.dan aku pon naik tak tahu kenapa aku buat benda ni.

aku ronda ronda bloggers dan aku terjumpa dan terminat nak join contest ni.aku jumpa kat sini. kepada sesiapa yang nak mencuba, silakan. wujudkan persaingan yang sihat. :)

disini jujur aku cakap, bab make up ni aku sederhana saja.setakat nak make up sendiri boleh la, tak de la cantik sampai boleh kalahkan make up artis. tapi aku harap dengan menjoinkan diri dalam contest ni nanti akan memberikan aku inspirasi dan lebih kemahiran untuk blaja make up.
insya allah.

tanpa membazir masa, silakan....


(AFTER)



ini adalah pic seusai sesi make up dilakukan.this is my own work.takde sape sape tolong. maaf kerana letak 2 pic.dua pic ni lah yang paling saya suka ye, kak CPM

(BEFORE)
and this is my natural look.takde secalit krim muka walhal bedak sekalipon.memang macam ni selalu.

kali ini make up saya bertemakan natural dan saya gunakan banyak warna natural saja. pada pic yang pertama tu, saya menggunakan tema gothic sikit tetapi tidak keterlaluan.hanya untuk menghighlight mata saja.dan pic kedua saya gunakan warna purple.kesemua alatan make up adalah dari jenama silky girl :)

"CPM honey nurhaliza yang saya kenali adalah seorang yang loving dan caring, isteri solehah, ibu kepada anak anaknya, dan kakak yang sporting."

slogan diatas adalah ikhlas dari hati saya sepanjang observation saya terhadap kak CPM selama sy kenal akak. dan loving tu saya nampak masa akak dan hubby pergi makan kat papa chop di nilai.i was there~

sekian untuk kali ini.wish me luck.fighting!

20100103

chort: tahun baru mai lagi

selamat tahun baru aku ucapkan kepada readers sekalian.semoga panjang umur dan beroleh kejayaan pada 2010 nanti.diharapkan sepanjang tahun 2010 ni akan terjadi lah perkara perkara indah dan seronok untuk aku.well, jangkaannya pada jun nanti aku akan menamatkan pengajian di kolej legenda dalam jurusan Higher National Diploma in Civil Engineering dengan mendapat pointer yang 'lebih hangat daripada biasa' untuk memastikan proses pembayaran mara nanti akan menjadi mudah dan murah.haha.pinjam sakan punya banyak, mau bayar ciput eh?tak fair.tak fair.

disebabkan cuti new year ni aku balik ke kampung halaman di melaka, jadi sambutan new year seperti yang aku war warkan kononnye dengan encik naim itew telah dibubarkan.dan malam 1hb itu aku bernew year sambil layan mario depan laptop.mario forever ke hape nama dia.chill habis ..korang pulak?aku saspek masing masing berjimba dengan aweks dan pakweks masing masing sambil layan countdown kat mane mane dataran kan?aku tau sangat dah dengan peel korang ni.termasuklah encik naim.haha.takpe takpe.kan saya dah cakap, kalo nak berjimba dengan aweks lain, gua on..asalkan aweks tu blanje awk makan, minyak dan segala benda.kocek awak haruskan menten begitu.haha.baik tak aku? (sumpah ko terbaekk,cot!)(ehemm..tu aku dah lama tau dah. )

takde pape yang menarik sepanjang kepulangan aku ke kampung,hanya membantu adik aku menyiapkan minda dan fizikal untuk melangkah ke sekolah baru esok.yeahhh...adik aku akan berasak sama sama dengan brader brader yang-konon-hebat-dan-ganas serta minah minah-gedik-plus-berperangai-macam-puaka. aku dari bumi legenda ni doakan adik aku sukses setiap hari.harap dia boleh 'slow down' dan 'innocent'kan diri beliau.jangan beliau mencari pasal dengan dua spesis diatas tadi.kalau tak, takda chance nak merempit naik honda class 125cc pegi sekolah nanti.tu pon kene suspend.esok, beliau berbas saja ke sekolah.selamat ye mat depot*

dan esok pun aku akan pegi kelas mcm biasa..my daily life kan..assignment dan semua ke jadah tu.ah~assignment es dah meronta ronta dalam folder.semalam aku dah campak dia kat belakang almari.kasi dia sesak nafas dengan abuk.tapi dia still menten mcm tu je.aku yang sesak.damn!aku nak pergi jumpa pengetua sekolah magik si harry porter la.nak mintak barang satu dua ilmu untuk esemen ni dia typing sendiri kat word dengan drawing ni lukis sendiri gambar yang aku nak tu.amacam?haha

2010, besday aku tak berapa nak cantik harinya.dan yang paling cobaan, hari tu start paper final sem aku.final sem,final year dan final semuanya. chill tak :)
xoxo