20100114

chort: harap harap belum terlewat.

salam sejahtera semua. hari ni negeri 9 cuti sempena besday yang dipertuan agong.kali keberapa, sila YM hulu balang istana. aku tak amek perhatian bende bende macam ni.maaf ye :) kali ni aku teringat pulak pasal wishlist. aku jalan jalan kat blog orang, semua ada wishlist. baru aku perasan, blog aku takda wishlist. nak cerita pasal azam, lagi lah takda. teruk betul owner durianjawa.haha. oke oke, meh cerita pasal azam untuk 2010.

azam 2010

seperti biasa, ramai orang pasang azam sempena masuk tahun baru. aku tak pasang azam pun secara official. kalau orang tanya, aku jawab on the spot je yang aku terfikir. takda state azam pon. tapi, rata rata azam aku macam orang lain jugak. nak capai kejayaan terbaek untuk tahun ni. kejayaan dari segi pelajaran, percintaan dan apa apa aje lah. as for tahun ni, aku bakal menamatkan pengajian selama 3 thun setengah ni dan akan memburu pekerjaan untuk kemandirian kehidupan seterusnya. itu cabaran besar untuk aku sepanjang 21 tahun hidup ni. then, sempena umur 21 tahun ni, aku berazam untuk mencorakkan kehidupan aku dengan lebih baik, aku nak didik diri aku untuk terus berada di landasan yang diredhai Allah. menjauhi segala kemungkaran dan sentiasa menghormati/menghargai/menyayangi semua orang disekeliling aku. aku nak jaga parents aku dengan lebih baik.aku nak jadi anak yang baik untuk mereka. amin~

21 itu kunci kebebasan? harapnya kebebasan itu tidak akan membabaskan aku dijalan yang gelap.amin.

wishlist 2010.

mari bercerita pasal wishlist pulak ;) aku ni ada banyakkkk sangattt wishlist.

  1. dapat pointer terbaik dalam final sem nanti. nanti dapat kurang bayar mara :)
  2. dapat kerja dengan gaji yang best lepas grad nanti. ada sesiapa nak cari pekerja untuk HND holder in civil engineering? hehe..
  3. a car. aku suka kereta spesis macam exora. boleh membawa 7 sekeluarga.
  4. blacberry. csl blueberry pon boleh juga.
  5. percutian keluarga ke langkawi.
  6. cameron higland, bukit tinggi dan south korea.
  7. be prepared untuk mengupgradekan relationship yang dah berusia 2 thun lebih ni.
  8. trio friend business. secret nih.
  9. dapat menguasai master dalam korean language. insya allah.
  10. jadi muslimah yang baik dan 'zero ponteng solat' scheme akan berjaya tahun ni ;)
dalam banyak banyak tu ada yang aku dah capai. pergi cameron highland dengan my beloved bf. :) sangat hepi. oh, nanti sila tengok entri percutian kami kat sini. aku malas nak upload pic. hehe. heading forward untuk ke bukit tinggi. insya allah with my buddies in onetak group lah.reramai pegi sana. wow, seronok habis. south korea? oneday insya allah.

again, usia 21 ni, aku akan mempertimbangkan idea encik love untuk mengupgradekan hubungan kami. tapi tak bermakna kami nk upgrade tahun ni..just fikirkan macam mana. lagipon encik love ada setahun lagi. aku pulak ada 5 bulan lagi. just giving a thought lah. next next year maybe. doakan, pls ^^

aku gila gadget. sangat suka. sedang berfikir untuk menyambar blackberry/blueberry csl. dan sebijik CORBY untuk adik aku. baik kan aku? haha. tu pun kalo dia berjaya dapat no 1 dalam kelas dia akhir tahun nanti. hehe.siap ade syarat lagi.biase la.kata pemangkin kan. rasa macam nk cuba jadi gamers. tapi macam mana eh? suka sangat dengan PSP. hurmm..kalau pasal game game ni, aku memang teringat adik aku sorg tu. dia memang hard core gamer. nak beli untuk dia la. aku? ah, game mario bodoh tu pon tak lepas level 1. kejadah nak ber nintendo tak pon ber PSP?haha.

ok lah,dah jauh aku bebel ni.sian korang baca. anyway, doakan aku capai semua wishlist ni untuk tahun ni. dan aku doakan korang juga.amin~

2 orang nak drop feedback:

Syukie said...

semoga semua impian dan cita2 b akan tercapai...
=)

Syukie said...

dah link saye nye blog...
x dew pown..
:(

and lame x update..bzy keje kew :P