20100625

hari pertama

ade rasa macam annoying tak ngan tajuk atas?
ada?




blah sana.syuhhhhhh



ini belog gua kan.itsuptome la nak tulis ape.kehkehkeh.
just nak inform korang, yang lepas ni mungkin takdak dah entri pasal budak budak kolej aku..budak rumah budak kos atau budak 'itam' yg ade dlm legenda tu.sebab aku da secara officiallynye dah tamat HND.ni ngah cari keje ni.sesapa ade nak tawarkan kerja, please email me at nhaziz89@gmail.com
antau tawaran kerja je.sape anto tawaran MLM, aku sebar virus kt email ko.janji! aku nk keje as soon as possible, tapi lepas aku dpt result final aritu la ye.br sedap nak keje. as for now, aku cr keje biasa yg ada kt area rumah aku. kalau bleh, nk merantau.tp xde la sampai ke negeri sabah sarawak..perlis bagai..n9,mlake,jb, selangor n kl pon da oke jgk.perak pon not bad.new environment untuk aku nti.wanna start a new life as a worker.doakan aku dapat keje ye kawan kawan.nak puasa da xlama lagi,then nk raya dah.then aku nk kawen da.kehkeh.tipu je.....gurau sikit pon nk cebik..aaa..cebik la ko, aku tarik sampai putus bibir tu.kang jadi justin bieber kang.aku tak tanggung :P


p/s: aku budak kos kej.awam.jgn memandai bg iklan doktor ataw nurse.ade kang aku sarungkan precast concrete kt tangan kang.

20100621

pengorbanan yang aku cuba lakukan.

keliru dengan satu perkara:



perlu kawen awal atau kawen lambat lambat?



sebab sebab saya nak kawen lambat:
  • saya nak jaga ibu dan ayah dan adik
  • saya nak jaga emak dan abah
  • saya nak bantu keluarga saya semampu saya
  • saya nak luangkan masa saya dengan mereka semua sebelum Dia amek nyawa kami semua nti.
  • saya takut perkahwinan awal saya tu tak bertahan :)
  • saya juga takut untuk berada dalam situasi 'ikot keputusan suami.jgn derhaka'..sebab saya jenis mudah memberontak kalau tak dapat ape yang saya mahukan.
  • saya tak boleh berpisah dari keluarga saya. saya masih mahu tido dengan ibu..da ade laki, kene tido dengan laki,kan?


fikir2 kan dan selamat beramal :)

20100620

terima kasih

malas pulak nak bagi salam kat readers ni.pandai pandai la ye korang jawab salam sendiri.hehe.tujuan aku tulis entri time mamai mamai ni sebab aku teringat pada ayah dan ibu kat rumah.well, aku rasa aku tak bagitau lagi pasal rumah aku buat kenduri aritu.ehem ehem...ni yang nak cerita ni..


mula mula, pada kawan kawan yang tebaca ni, jangan sedih jangan marah aku. sebenarnya, majlis semalam adalah majlis merisik dari encik heart la.benda ni tak rancang sangat pon.khemah depan uma pun 1 je.semua sanak saudara terdekat hadir.bertungkus lumus depa buat keje.tak hirau langsung ketiak yang dah tak boleh nak dibawa berunding lagi harumannya.salute sikit dua tiga kali...hehe..aku actually ada presentation hari sabtu aritu.tapi, atas dasar dasar rundingan damai, tunda sampai selasa ni nanti.lgpon, we all tak prepare lg.report tak siap..slide lagi la..harapan laaaaa...


jadinya, aku balik gpoh gapah gitu.bawak dua orang kawan aku, east dan abie.at least ade jugak kawan masa hari merisik tu nti.hehehe.merisiknye belah petang.aku bukan nak kepoh kepoh ape..malas la nak layan soalan kawan kawan nti.lagipun kecil kecilan aje. :) doakan lah nanti majlis seterusnya menyusul lepas raya nanti ye.
hihi



oke,
ni baru cerita betul untuk entri bertajuk, terima kasih.
yang atas ni kencing lebat je.takde majlis merisik..ni majlis mendoakan arwah nenek aku yang dah hampir bape tahun tah tinggalkan aku. takdak gambar nak publish as aku rasa annoying betul kalau aku amek pic time org sibuk sana sini buat kerja.aku sebagai anak dara tuan rumah, harus lah aku tolong tolong.mula mula aku rilek rilek dlu..berborak dengan sedara mara yang rata rata tanya aku soalan:

'bila habis blajar eh?'
'nak kerja kat mana nanti?'
'bila nak kawen?hehehe'

fuhhhh...jenuh jugak bbir aku nak ulas hal ni.ase macam da byk kali bgtau yg aku akan habis this week.this selasa adalah finale.heehee.jadi aku mulakan dengan soal ibu dan mak aku, what should i do, mother?ibu aku mula cakap tolong itu ..ini...ah..sana..situ situ..macam macam.tapi aku suka.tengok ibu aku suka.org org belah masak masak sume cakap aku ni rajin.haha.harus la..rumah aku..tp memang aku dah ready untuk tolong sebanyak yang boleh semasa semangat rajin menjulang tinggi. as aku pernah cakap sebelum ni, aku akan buat ape je yang ibu dan ayah aku suka, sebab aku sangat sangat yakin dengan keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah.bila mana kita buat baik pada ibu bapa, besarlah pahala untuk kita.aku nak kumpul reward free macam ni.bukan susah..jaga adab dengan parents, hormat mereka dan keputusan mereka, dan paling paling ramai org lepas pandang ialah..jaga intonasi suara anda dengan mereka.jangan tekak nak telolong cakap ngan mereka..aku selalu amalkan nada rendah dan lembut je kat ibu dan ayah aku.even orang tengok aku ngn adik aku berborak penuh dengan carutan disetiap ayat, tapi dengan parents, no high pitching ok.sebab itu ibu aku sayangkan aku.


ah, masa tengah type entri ni pun da rasa sebak.rindu dengan ibu ayah adik kat rumah.ibu paling tak sabar aku nak habis.dia cakap takda kawan dia nk luahkan masalah dia..takda orang nak bantu dia kerja rumah.adik aku ade, tp dia kan sekolah.balik sekolah je dah........zzzZZzzz.. -_-.jdi, ibu ayah malas nak kacau dia.hurmmm..ingat lagi aku..hari tu ibu sedih, aku sedih pasal br lepas jumpa doctor.ape tah doctor tu ckp, aku lupa..da lama da bende ni..jadi, aku tengok ibu macam nak nangis..ibu cakap ibu sedih dengan keadaan ibu..da la sakit..banyak kerja tak boleh buat..ibu aku nak kemas rumah sebab nak dekat raya kot time tu..aku plak tunggu ayah aku cuti br best nak kemas kemas ni.tapi tah macam mane tah, tetiba aku rasa nak gembirakan ibu aku..aku buat macam macam kerja..time tu ibu aku da tido dalam time dia nanges tu. :(


aku mula mula sapu sampah segenap ruang..pastu sapu abuk2 kat kipas siling..sawang sawang sume bersihkan..pastu sapu habis..then, bancuh air sabun lantai..mop satu rumah..sampai ruang luar sana.mop bersungguh2 untuk kasi lantai berkilat dan wangi..aku lap sliding door plak.kasi takda cap jari..masa tu aku da x hirau penat dan lapar..aku lap perabot2 kat ruang tamu..susun2 buku majalah semua..tukar set alas kusyen.then aku prepare set langsir baru ibu kat sudut tepi rumah.nti malam nak pasang.aku pun sebelum tu da kuakan bahan bahan nak buat kuih raya...nak kasi ibu lupa pasal kesedihan dia dengan ajak buat kuih.ibu takkan buat biskut raya tanpa aku disisi.sambil tu, aku da siap la kemas depan rumah semua..then rehat2 sikit, aku masak bubur untuk ibu, sebab lauk sahur habis dah.ibu tak puasa pun.

buat bubur ayam masa tu..bersungguh aku buat.pastu aku try buat kek gula hangus macam ibu pernah ajar dulu.hehehe..tengah aku kukus kek tu, ibu aku menjerit dari belakang..

"wahhhhh...along buat ape ni,nak?kek gula hangus ke tu?sedapnyeeeee"
"aah bu.along buat kek ni ha...saja je.ibu lapar tak?"
"agak la..lapar jugak eh lepas nanges ni. :("
"ala..jangan la ibu nanges lagi, meh along siapkan makanan ibu.ibu tunggu kat meja makan sana eh"
"eh, lauk mane datang plak?kan ke da habis?ibu baru cadang nak makan megi ke..ape ape je la..nestum ke"
"xpe xpe...along da masak bubur ayam da..hehe..spesel untuk ibu"
"yeke nak?terima kasih.....mesti sedap bubur along.."
"sama sama ibu."

lepas tu masa dia pegi tengok ruang tamu da wangi dan bersih semua, dia tanya la..sape buat ni semua..aku ckp aku buat tadi.masa ibu tido.dia dah sebak dah...seb bek aku sempat buat lawak sket kasi dia ketawa.gugur jugak air mata dia time ketawa tu :) ibu berkali kali cakap terima kasih semua la kat aku.aku jawab

"ibu kan ibu along.bila ibu sedih, along kene la hiburkan ibu..jadi, along buat semua ni sebab nak ibu gembira arini.jangan sedih sedih.along sanggup buat ape je demi ibu.aslkan ibu gembira dan senyum je selalu"
nada suara dh bergetar dah hujung hujung.kontrol macho sikit..ibu makan bubur banyak.sbb lapar.pastu kitorang lepak depan tv sambil borak borak.kek tu ibu cakap simpan untuk buka.tunggu adik aku bangun untuk buat biskut raya.masa tu aku rasa jiwa aku bahagia.agaknye malaikat kiri kanan tengah catat amalan aku hari tu kot.. :P bahu aku rasa berat je sebelah ni :P hahahahaaha..

oke oke, aku tau aku dah bazirkan masa korang baca benda ni.tapi harap harap korang juga akan amek pengajaran dari cerita aku ni.mana baik, amek la..mana salah dan buruk..tendang sdut jauh jauh. :)

p/s: nak cakap thanks pada:
  1. warga taman seri paya dalam
  2. east dan abie
  3. sedara mara sepupu sepapat
  4. orang kampung paya dalam
  5. dan si pencuri duit ibu aku.dem ko!pundek!

20100615

hari ini hari apa?

jawapannya adalah








hari lahir gua.
15 Jun 2010.






tapi gua lahir 21 tahun lepas, der. lu congak la bape umur gua.malas nak kasi tahu.kasi otak lu orang berfikir sikit.hahhaa.


notakaki: sesapa nak pos hadiah ke ape ke, bleh komen gua then kasi email, nti gua send alamat.adiah ape ape pon x kisah, asalkan jangan yang berunsurkan santau..bungkusan kuning macam sup bunjut..ataupun pakaian dalam. lagi satu, slipar crocs pun aku tak mau.lain lain bleh kawtim.hihi

20100613

kau kata hai hai hai ku kata bai bai bai

entri ni aku tulis genap seminggu lagi aku akan menghabiskan sesi pembelajaran aku di bumi legenda ini. tak ada apa apa yang istimewa pun yang aku nak kongsikan.sekadar catitan memori saja. rasa macam nak imbas balik waktu mula mula masuk legenda ni. aku ikot member aku, pina sebab dengar dia nak masuk kolej awal dari orang lain.almaklumla, time tu aku rasa teruja tengok pina pegi masuk kolej ni.aku pulak dengan hati kecewa dan luka akibat result yang suam suam kentut je, apply la sama. masa tu EF aku adelah sedara pina jugak. encik shahadan dengan kak iza. mesti korang wonder, ape pasal result yg teruk ini telah memilih bidang civil engineering? wonder takkk?


aku pon.hihi


aku pilih bidang ni secara random aje.hihi.aku teringat member aku kakak dia skarang keje engineer.dia cerita kat pintu opis akak dia ade tampal 'Jurutera'.Perghh..harus la aku rasa teruja,kan. jadi aku pon reject option bisnes, sebab aku rasa aku takde bakat pon hal hal bisnes..ayah aku pon takde bisnes sendiri.jadi, rasa macam takde masa depan untuk aku..so, option elektrik dan elektronik awal awal aku tendang tepi sudut meja masa tu sebab aku rasa aku annoy ngan elektrik yang telah create sejarah buruk kat aku satu masa dulu.sejarah ape?sejarah tangan-hangus-terbakar! even ciput je terbakar, still ingat sampai mati woo..sakit dia..pergh..kire aku da merasa la macam mane azabnye terbakar sebab karen.hehehe.

option lain macam quantity surveyor pon aku tolak tepi jugak.kali ni tak sampai tendang sudut.sekadar kasi kad kuning je la.hihi.aku rasa berisiko jugak jadi org surveyor ni.dia main dengan bahan bahan pembinaan.salah kautim, melayang maruah aku.haha.jadi, aku amek la civil ni.masa tu tengok ibu ayah aku macam tak berapa nak terima la pilihan aku pasal dorang tak yakin dengan kebolehan aku.tapi aku nak jugak, pasal aku yang nak belajar.dorang bayar aja.hihi.dipendekkan cerita, register sudah aku di kolej tu..pastu masuk la musim orientasi...first time duduk bersebelahan dengan pakwe nigel.perghhh..agak culture shock sikit pasal natural odor dia yang taknak kalah.rasa nak kasi bedak ketiak aje kat dorang tu. masa sesi orientasi tu la aku jumpa dengan encik buah hati.gatal tak aku?nak buat macam mane, suda jatuh hati dengan hidung mancung dia laaaa...hihi..

dipendekkan lagi cerita, aku pon belajar la macam orang lain jugak lepas habis orientasi tu.masa tu baru aku kenal Hasby, East, Saadah, Ain, Yong, Nik, Ain cameron, Irfan dan Ieqa,Akmar, Aini, Samem dan semua lah.kami masa foundation campur semua yang Architecture ngan Civil. kami belajar sama sama sampai masuk HND, masing masing ikot kos masing masing balik.kalau ada yang ingat, aku pernah cakap pasal nak berhenti belajar sebab aku nak jaga ibu aku.aku masa tu tekad sangat.nasib baik ada kawan kawan terbaik aku yang selalu support aku. ah, tak lupa pada kakak housemate terbaik aku, kak fiza dan member bilik sebelah, wiwie atas dorongan dan nasihat diorang. alhamdulillah, sekarang aku masih di legenda.dah nak merdeka da pon :D

so, dikesempatan ini, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada semua mereka yang kenal aku, yang pernah cakap yang aku ni kawan diorang..yang pernah sama sama menangis dengan aku..ketawa dengan aku..yang pernah tepuk bahu aku sambil tenangkan aku..yang pernah hold jemari aku sambil bagi nasihat sedas dua..tak lupa jgak yang pernah ajak aku melepak sesama..ajarkan aku erti kehidupan yang realiti..semua lah sekali..aku tak dapat balas jasa korang dunia ni atau akhirat.tp aku yakin Allah dah tolong balaskan kebaikan korang pada aku. aku doakan agar persahabatan kita ini takkan berakhir di gerbang legenda.bawalah semua kenangan dan kepahitan itu dalam hati korang sampai bila bila..kirimlah khabar berita selalu semoga kita saling update diri masing masing.aku doakan perjalanan hidup kalian semua dipermudahkan kelak dan diberikan kebahagiaan dan dipertemukan dengan apa yang korang mahukan. pesan aku, janganlah sesekali menghilangkan diri nanti..ada ape ape masalah, aku rasa aku sudi mendengar.ceritalah..kalau tak dapat membantu, mungkin boleh diusahakan bersama..

buat kekanda, jangan sedih sedih.saya tau awk taf dalam hal macam ni.rilek ok.ampang dengan umbai macam times square pegi klcc je kan.so, bertenang ye.nti da ade kereta, bawak bawak la singgah melaka.pekena ikan bakar.saya belanja. :P ucapan lain, tunggu malam terakhir sy disini nti.sy luahkan ye.haha.yg lain jangan cebik cebik, aku ikat muncung nti.

buat odah, jg diri kau.jgn sakit sakit.mesti makan on time.jangan makan ape yang perut kau tak suka.jangan stress sangat, rawatlah stress dengan bijak.aku susah ati bila kau stress. aku doakan kau berjaya dalam degree nanti.nak kawen jgn lupa poskan kad kat aku.harus aku datang..tu pon kalo mau adiah le. :) syg kau.muahh sket :P

buat wie, jg diri jugak.jangan susahkan hati pasal org kata kau ape pun.hidup kita tak luak pun kalau tak dengar cakap orang.enjoy hidup kau puas puas.jangan selalu nanges, kental sikit jiwa tu.hihi.jaga family elok elok.jangan fikir sangat pasal bf. cari yang boleh buat jadi laki terus. senang keje. :P sayang sikit.mmuuah :)

buat bie, aku tau kau tau yang aku heart sama kau.sampai mati.kawan selamanya..tengs selalu bantu aku dalam pelajaran. u know kan bape luas nye kapasiti otak aku? haihh..ade ape ape masalah or nak kan pendengar, text me and call me at anytime,babe. aku takkan pernah biarkan kawan aku ni bersedih atau whatever bad feeling lah.dah duduk blakang istana balik nanti, jangan lupakan aku.email aku selalu.update la Bibir Ikan tu selalu.ah, webcam pon cun jgak.kekeke..muuahh :P

buat east, kite selalu berbalah.tapi secara damai.mencari persepakatan.apepun kau banyak bantu aku dalam diam.aku sgt terhutang budi dan ilmu dengan kau.sila bantu aku terus lepas ni.aku nak jadi macam korang.brilliant! cerita lah pada aku selalu ape pun perkembangan diri kau. kalau dah jatuh ati kat mane mane brader, halo halo aku nti.aku doakan kelantan dan perak menjadi la.hihi. aku nak jadi orang yg selalu ada disamping korang even jasad kita jauh.i heart u, babe..mmuuahh :P

lastly, air mata gua dah bergenang di tubir mata.empangan air mata ni akan tumpah bila bila.sehingga itu, babai dan assalamualaikum bagi yang islam.yang bukan, selamat sejahtera lah anda.buat bakal presenter ISP, semoga lutut tegap nak berdiri, semoga suara tak tersekat, lontaran vokal padu punya nti.nasihat aku, banyak banyakkan buat latihan do-re-mi ngn swimming.hihi


p/s: bie ngn is, kalo ado calon gewe, jange lupo wi tau kawe la deh..hihi.kawe pong kalu ade calon, kawe wi tau la.keke..jange maroh adik yo abe naim :P

20100609

sesi update entri poyo

salam sejahtera semua.sihat?aku je tak sihat.dengan tangan yang menggigil kesan ubat malam tadi, aku gagahkan diri jugak menaip.hurmm..musim agaknye skarang ni.semua org ada sakitnye.aku demam + selesema ngn sakit tekak.memang combo la kan?nasib tak batuk.kalau tak, maunye kung kung kung aku melayan batuk.hehehe..


takde ape yang best pon nak diperkatakan.cuma pasal kerisauan aku dengan final presentation dan report yang tak siap siap lagi ni je.lege besar aku kalau dua dua ni setel.pastu bleh dah cari kerja....hihi


kerja kerja, come to me......!

20100601

akukah yg berada dikalangan mereka yang hina?

seruan berubah bergema ditelinga.biarlah apa yang orang nak kata.kehidupan yang sesat bukan aku pinta. aku sentiasa menantikan peluang untuk aku kembali mencari jalan asal tujuan kehidupan aku, kehidupan yang telah aku janjikan kepada-Nya sewaktu di Loh Mahfuz.aku berjanji menjadi khalifah yang mumtaz dibumi ini.setelah aku dilahirkan, dibesarkan, mengapa aku mengkhianati janji itu?besarlah dosa yang telah aku lakukan kepada tuhanku.aku menyesal se-sesal sesalnya. andainya dapat ku putar masa.........cuma satu aku minta, doakanlah aku sejahtera senantiasa dan istiqamah dalam perubahan. aku pasti, dunia kita benar benar sudah tenat! berubah sebelum terlewat.



Ya Allah, ampunkanlah dosa dosa ku...Ya Allah, redhakanlah kehidupanku...moga terhapus penghijab kalbu antara Kau dan aku..
tuhan, kau hijrahkanlah kehidupanku..dan Kau campakkanlah kasih sayangmu padaku.
aku takmahu mengingkari seruanMu, tetapi tidak pula aku berjalan lurus di jalanMu.
andainya si iblis bersorak sorai diatas kealpaan ku selama 21 tahun kehidupan ku ini, aku bermohon dibawah lembayung namamu yang maha pengampun lagi maha mengasihani.
kegelapan jiwa dan hatiku takmampu aku bendung lagi.hati ini penuh titik hitam sehingga sinar ajaranmu tidak berjaya menembusi kehitaman hatiku ini dek noda dan dosa yang aku lakukan dahulu dan hari ini,
aku merindui cahaya yang bakal menyuluh laluan hidupku untuk hari esok serta seterusnya.
Kau jadikanlah diriku diantara mereka yang terpilih untuk terus mengamalkan ajaran junjungan besar baginda, kekasihMu.
kekalkan aku yang lemah iman ini didalah pemeliharaanMu...hukumlah aku setimpalnya andai aku mengulangi kesilapan lalu.
sebelum Kau mengarahkan izrafil meniupkan sangkakalanya..sebelum Kau perintahkan al-Dajjal menyebarkan dakyah kesesatannya, kau matikan aku dalam keadaan aku beriman dan matikan aku
dalam keadaan yang diredhai, sempurna jasad dan jiwanya
tuhanku,
aku tak sanggup menanggung godaan dari makhluk celaka bernama al-Dajjal kerana imanku masih lemah.berikan aku peluang untuk memperbaiki kealpaan 21 tahun yang lalu..Ya Allah, Kau tahu apa yang bermain dibenakku..dihatiku..aku perlukan Mu, cintaMu, rahmatMu..bantulah aku Ya Allah..bantulah..
ilhamkanlah pengajaran dan kebinasaan yang Kau janjikan pada umat nabiku yang ingkar itu
seperti Kau jelmakan dalam mimpi malam ku
agar aku senantiasa ingat dan takut pada kekuasaanMU.


-nukilan ikhlas bersaksikan linangan air mata keinsafan-
cahaya petunjuk1506