sempena hari natal yang lalu, aku dah mengambil keputusan paling fleksible dan utuh iaitu membalikkan diri ke kampung halaman yang dah berjeman aku tak singgah.ish ish ish...anak spesis ape la aku ni kan?sibuk..-_-' seraya dengan pembalikan aku tu, aku dapat tengok bermacam macam peristiwa menarik. mula mula aku nak cerita pasal adik lelaki seiras-tapi-tak-kembar aku ni. oh ya, nama dia Muhammad Abdul Rashid.hehe.
dia ni memang agak lain dari adik beradik aku yang jantan lah especially. since aku ade 2 abang, dan dua dua memang kaki merayap..so, masa aku bersama mereka memang limited lah.kualiti dan kuantitinya tidak berapa nak bagus.waktu tidur adalah masa yang paling lama kami habiskan bersama.haha.sebab kami memang tidur bersepah diruang tamu.dan abang abang aku memang habit tidur sebelah aku..eh,jangan pikior lain pulok ye deme..kan aku dah kata, ni aje masa yang kami ada untuk bersama. berbalik pada perihal adik aku si acit nih, dia ni kurang lah melepak kat luar.selalu ada kat rumah.dia semacam hormat je aku ni balik sekali sekala.tapi dia tak berapa mesra manja lah dengan aku.biase lah, kami kan seiras.nanti ada yang keliru kalau duduk dekat dekat.
nak dijadikan cerita, aku buat kajian pada diri adik aku ni.aku observed sikap dia seharian.dia ni agak hardworking even kerja dia sekarang adalah menoreh getah..dia ni pandai jaga budak.jadi babysitter la..akak sulung aku ada jaga anak jiran dia.3 orang.kecik kecik semua.si acit ni lah yang tolong akak aku manage budak2 ni.budak2 tu takut ngn acit sebab acit suka ugut nak hantar dorang balik rumah atok yang dorang tak suka.jadinya, budak tu turutkan aje semua yang acit mintak. bila disuruh tidur, diorang tidur.acit siap sediakan toto ngn bantal setiap sorg untuk tidur. lepas je kitorang masak, dia suh pegi makan, berdedai dedai budak bertiga tu pegi makan. yang menjadikan diorang ni tak melawan adelah perangai acit yang suka bergurau kasar. dia gurau tumbuk2 ngn sakat ngn anak buah aku sampai dorang nanges2.tu yang budak bertiga tu kecut perut.haha.acit...acit..
adik aku ni pun sorang yang pembersih.dia rajin basuh moto mak aku even mak aku tak suruh. siap wax skali, walhal mak aku guna wat pegi menoreh aje.bkn pegi show room pon ;) petang petang dia belanja makan sate tak pon air batu campur semua yang ada dlm rumah.baik kan dia?hehe.puji adik sendiri pulaks.ade sapa nak amek jadi calon suami?haha..oh ya, untuk menaikkan saham beliau, aku selitkan satu fakta tentang diri beliau.si acit nih sangat funny orangnya.sangat senang nak ajak bergurau.memang kelakar sgt.aku asyik ketawa je bila dia mula nak bercakap.
dan selain cerita adik aku..aku nak cerita kat sini betapa aku merasakan kasih sayang mereka yang berlimpah ruah pada aku kat sini.setiap bende dalam rumah tu..setiap perbuatan dorang, dorang akan consider aku dulu.maknanya, makanan tengahari..ikut menu kesukaan aku, walhal dah berjuta kali aku ckp..even tlur ngn nasi pon aku taram aje.dorang still tanya makan ape..masak ape..im very touched..aku sedar aku takkan dapat pengganti mereka kelak kalau aku tak layan mereka selayaknya..dalam waktu yang sesingkat ini..aku akan memanfaatkan dengan sebaiknya..aku nak bahagiakan emak yang sangat susah dan menderita sepanjang hayatnya.aku hanya akan tenang bila aku dapat penuhkan apa yang emak mahu..selaras dengan kemampuan aku..
semoga perhubungan kekeluargaan kami akan terus dirahmati dan diberkati-Nya selalu.andai tuhan mendengar suara hatiku bermonolog, aku berdoa supaya dikurniakan kesihatan dan rezeki yang mencurah curah supaya aku dapat membantu ibu bapa ku kelak.amin~
untuk mak, nurul doakan agar mak sentiasa sihat dan dapat meneruskan kehidupan mak seperti selalu. emak sudah terlalu penat melayan karenah kehidupan yang menuntut emak menjadi seperti seorang abah, walhal abah sedikit pun tidak mempedulikan emak seperti selayaknya seorang isteri disisi suami.nurul harap emak tidak menyesal akan takdir emak begini.emak harus bangga hidup mak masih dikelilingi anak anak dan cucu cucu tercinta. harap emak dapat bertahan sementara nurul berusaha untuk mengisi kekosongan hidup mak.nurul tahu mak mengimpikan kehidupan seperti keluarga lain.nurul akan cuba tunaikannya mak semampu nurul.walaupun mak hanya melahirkan, tapi mak dah jaga nurul sejak nurul belum lagi tuhan layangkan nyawa dijasad.mak jaga nurul dengan baik waktu nurul dalam rahim mak.mak tumpahkan seluruh kasih sayang tulus dari jiwa mak yang lembut tu terus ke anak mu ini.dan pengorbanan mak untuk memberikan nurul kepada ibu dan ayah demi menjamin kesejahteraan kehidupan nurul kelak, adalah yang paling nurul kenang.semoga emak akan lebih bahagia pada tahun baru nanti.doa nurul untuk mak tak pernah putus.apa pun terjadi di dunia ini, nurul tetap akan kata bahawa mak adalah ibu nurul dunia akhirat.