20100323

hari ini

mood macam sampah.tak taf langsung. semalam kelas 'bakar' (burn attandance ler).entah kenapa aku pon tak tahu.dah la semalam perasmian kolej linton as universiti. insitut aku?dok takuk tu sajork ler.tadi aku fb chat ngn lecturer aku.ckp yang aku dtg lambat.tapi nampak gaya aku macam x datang je ni. sebab ape? mood nak belajar tak mari.aku ase pagi ni self confidence turun sampai 0.wth kan?

banyak benda nak fikir.tapi otak aku ada system management yang baik.dia siap siap asingkan masalah mengikut kronologi, kapasiti dan jenis untuk kemudahan aku.siap set due date untuk aku setelkan masalah masalah ni.i will...............................................later..-_- (tetiba rindu iman ngn balqis..haihhhh)

ari ahad lepas, encik cinta aku kemalangan.sedih gila aku time tu.tapi belom lagi menangis sampai mengguling2 atas tar depan rumah, cuma dada jadi sebak.aku pon malas nak story lebih lebih kan, bleh la layan link ni.nampak teruk kan?alhamdulillah dia masih selamat.aku bersyukur sesangat. syukran ya Allah..syukran alaika.

dah la.aku rasa aku nak kene cari semangat untuk kelas petang.dan semangat untuk hari esok.


20100314

haw?haw?pelis tel mi so ai ken andersten en giv e trai.

bagaimana mahu bangkit dari lena?
siram air sebaldi?
picit ujung ibu jari? eh, macam nk ubatkan orang dirasuk pulak.
atau lempang muka dia banyak banyak kali sambil mulut menyumpah tak berhenti?
ahha..



ni masalah dia adalah bangkit dari lena yang tak terpejam.maksud dia, lena yang macam dah lama sangat duk ditakuk tu, nak jugak naik setingkat lagi kan.tak banyak, setingkat je.aku cuba mencari segenap peluang. oke, then aku try untuk buat project yang memang trend orang sekarang.via online.aku akui, aku tak berapa hebat berblogging, apetah lagi nak blogging hal hal barang2 kan.but then, aku still nk mencuba. dengan harapan one day aku akan berjaya dan boleh capai impian aku yang tak setinggi mana tu pon.at least, aku dah boleh buat parents aku bangga dengan aku cause aku tak menyusahkan mereka. pada tahap ini, aku seboleh bolehnya nak beri mereka kesenangan yang mereka sendiri tak pernah fikir aku dapat berikan. doa mereka dalam sujud yang lima, semoga aku berjaya dunia akhirat. itu aja.tapi, atas desakan semasa (cewah..dan dan semasa.) aku terasa seperti nak move on dari chapter yang sekarang aku hadap ni, ke chapter yang depan lagi.kalau boleh, aku nak jadi macam dalam drama drama typical malay skang ni. mak bapak ada holding..enterprise..sendirian berhad.. dan sebagainya untuk diwarisi kepada anak cucu cicit dengan motto hidup " harta aku ni tak habis makan sampai cucu cicit" ni.


permasalahan sekarang.yang sekarang ni la kan..





modal. masa. ilmu.





howkey.tu aje.aah..ni je la dek non.tak caye ke?ni je la masalah yang aku hadapi.sesiapa yang boleh bagi idea, silakan la.oh ya, nk promo sket, sesiapa nak tempah tshirt, bleh la gtau aku.aku bleh tolong.sila komen dan tinggalkan email, i'll get u back.

20100312

tiba tiba

takde bende penting yang aku nak cakap.
cuma satu perkara ni aje:










"aku mahu peluk bebi aku"







thats all.





notakaki: setelah seharian dok menatap dan mendengar cerita pasal org pregnant, org baru melahirkan anak, org amek pic anak dan rakam video anak, aku jadi nakkkkkk! oh tuhan, cepatlah sampai jodoh ku.kepada bakal suamiku, sila tabung duit banyak banyak sebab saya akan berusaha untuk bagi kite berdua anak.yey!~

20100307

im back..

salam sejahtera semua. apa khabar? lama sangat dah tak update blog ni.sipi lagi nak bersawang dek spider.tak senonoh je perangai spider, pantang ada chance, laju je nak buat tapak rumah dia.ciss!!

erm, selama beberapa abad aku menghilang ni, aku sebenarnya bercuti. indah kan kalo dengar nama bercuti? yeaaa... bercuti di rumah sempena semester break la.selama sebulan tu lah aku duk umah aje. then aku ade jugak pegi cari keje.part time kat Dataran Pahlawan.sapa org melaka, should be familiar with this place. aku keje kedai hadiah yang bernama SnJ gift. ase ase ade yang familiar ngn kedai nih.ade jugak kat times square sane.silalah membeli di kedai itewww.. ;p

seronok bekerja, dan ada jugak x seronok.aku keje almost everyday.tp masa tak tentu.kadang2 full 12 hours, kadang kadang tak.depends pada schedule yg bos dah bikin. kat sini, aku nk amek kesempatan wish tengs to my friends a.k.a manager kedai tu la.

"kepada suzzane, terrance, kiwie and fenn, thanks to all of u guys for giving me some space there to work. sangat sangat menghargai korang sebab korang best.suzanne paling best among others sebab dia sporting, funny and relax. terrance plak best sebab dia selalu risaukan aku. ayat femes dia : 'hidayah, im gonna out for a while..are u ok?gambatte!' hahaha..kiwie lak, org yg bertanggung jawab mentrainning aku untuk mahir dlm selok belok kedai. cane nk cr stok, ape nak buat kalo buyers nak itu ini..what we should say, and what shouldnt. dan fenn adalah part timer mcm aku, tp dia weekends aje.dia banyak ajar aku bende positif. dan dia ajar aku beberapa patah perkataan cina:
  • cheke tse pong fan.
tu je yang aku ingt. ;p haha. so, thanks la to u all.semoga kedai SNJ akan sentiasa success.jia you and gambatte!!"

dan pada waktu cuti aku tu, akak aku selamat melahirkan sorang princess hati beliau di hospital kuala pilah.tarikh tu aku x ingt plak.hehe.baby dia berat 2.25 kg aje.kecik kan?tapi good girl.nama dia nur alia balqis.skarang dah sebulan dah asenye umo dia.kepada akak, org doakan akak selamat dalam tempuh berpantang. jaga diri dan jgn chengelat nak makan jamu2 yang brader ayen dah blikan.mahal tu.semoga kalian berdua terus bahagia dengan adanya alia. jgn takut nak beranak lagi.anak ramai tu kan bagus..hehehe. dan kepada alia, acik doakan alia akan membersar dengan sempurna, sihat dan comel selalu.jangan nakal nakal dan dengar ckp mak abah.acik syg alia.muah~

aku rasa, stakat ni aje la bende yang aku nk cerita. bukan apa, aku tak nak pulak org kata aku buat rumusan sepanjang kehilangan aku tu.hehe.walaupon org kata ' apedehal, ni kan blog aku' tp aku tak de la nak melebar panjang membebel.tah ade readers ke tak.huhu.gua bukan blogger yg femes.